Jadual Dan Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021

Piala Malaysia kini sudah memasuki pusingan akhir yang bakal menemuka juara Liga Super Johor Darul Takzim (JDT) dan Kuala Lumpur City pada 30 November 2021 yang bertempat di Bukit Jalil.

Edisi kali ini cukup bermakna untuk kedua-dua pasukan khususnya dan kesemua peminat tanah air secara amnya apabila kejohanan tersebut menyambut ulangtahun ke-100 Piala Malaysia.

JDT sebelum ini telah bertemu Kedah pada peringkat Suku Akhi dengan rekod 1 kemenangan dan 1 seri serta secara agreget adalah 1-0. Kemudian bertemu Terengganu FC di peringkat Separuh Akhir juga dengan 1 kemenangan dan 1 seri dengan agreget 4-1

Manakala pasukan KL City pula telah bertemu pemenang 34 kali Piala Malaysia, Selangor dengan 2 kemenangan terus secara agreget 3-0 di peringkat Suku Akhir. Di Peringkat Separuh Akhir, KL City terpaksa berhempas pulas menumbangkan Melaka selepas hanya mampu merai seri untuk kedua-dua perlawanan secara agreget 2-2. Akhirnya ditentukan dengan sepakan penalti yang memberikan kemenangan kepada KL City iaitu 5-3.

Untuk rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Liga Super apabila KL City hanya tewa tipis 1-2 berdepan JDT dai Stadium Sultan Ibrahim selain seri 1-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Agakanya pasukan bimbingan Mora atau Bojan yang meraih kejuaraan tersebut?

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021

Jadi khusus untuk penyokong JDT dan KL City serta kesemua peminat bola sepak tanah air, jangan lupa untuk saksikan kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia 2021 (Akhir) pada hari Selasa ini, jam 9.00 malam yang dibawakan dari Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021

Perlawanan final ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM TV1 dan Sukan RTM (MyTV 111) serta secara online di RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my

Selain itu, anda juga boleh strim secara percuma menerusi Youtube TM Unifi atau boleh klik pautan youtube yang disediakan dibawah

KUALA LUMPUR CITY FC (2) - (0) JOHOR DARUL TA'ZIM

66' - Zhafri Yahya
74' - Paulo Josue


sumber : MFL

Post a Comment

Previous Post Next Post