Jadual Perlawanan Siaran Langsung Piala Dunia Hoki Remaja (Lelaki) 2021

Jadual Perlawanan Siaran Langsung Piala Dunia Hoki Remaja (Lelaki) 2021

Edisi kali ini, skuad Hoki Remaja Negara telah berjaya tersenarai sekali gus menggalas cabaran di peringkat tertinggi dalam kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2021.

Kejohanan piala dunia hoki ini akan berlangsung selama 12 hari iaitu bermula 24 November sehingga 5 Disember 2021 yang bertempat di Bhubaneswar, India.

Sebanyak 16 pasukan terbaik dunia yang terdiri daripada pemain berusia 21 tahun dan kebawah merebut gelaran juara termasuk negara Malaysia yang telah layak ke peringkat piala dunia ini.

Sebanyak 4 kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan yang menyertai Piala Dunia Hoki Remaja 2021 ini dan Malaysia telah diundi dalam kumpulan A (Pool A) bersama-sama pasukan Belgium, Chile dan Afrika Selatan.

Manakala untuk kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita 2021 akan berlangsung selepas tamat acara lelaki ini iaitu bermula 5 Disember hingga 16 Disember 2021yang diadakan di Potchefstroom, Afrika Selatan. Walaubagaimanapun, pasukan Malaysia tidak layak untuk sertai kejohanan tersebut.

Senarai Pemain Hoki Remaja Negara Dalam Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja 2021

Seramai 20 pemain yang terpilih bagi mewakili Malaysia dalam kejohanan kali ini bersama-sama jurulatih pasukan, Wallace Tan.

Pemain Hoki Remaja Negara Dalam Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja 2021

Jurulatih Pasukan : Wallace Tan

Penjaga Gol

  • Che Shahrul Azmi She Saupi
  • Muhammad Hamiz Mohd Ahir

Pertahanan

  • Syarman Mat Tee
  • Muhammad Saifuddin Azli
  • Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin
  • Muhammad Amirul Hamizan Azahar
  • Muhammad Arif Shafie Ishak
  • Muhammad Zulfitri Md Zin

Tengah

  • Muhammad Faris Harizan
  • Muhammad Hafizi Zainuddin
  • Alfarico Lance Liau Jr
  • Pavandip Singh Gurdip Singh
  • Muhammad Syawal Abd Razak

Penyerang

  • Muhajir Abdu Rauf
  • Muhammad Muhibuddin Moharam
  • Mohamad Akhimullah Anuar Esook (C)
  • Muhammad Amirul Haniff Mamat
  • Muhammad Noor Firdaus Rosdi
  • Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee
  • Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul

Pastinya mereka akan memberikan persembahan dan cabaran yang terbaik dalam setiap perlawanan. Boleh dapatkan biodata penuh pemain disini.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2021

Bagi memberikan sokongan, Astro akan bawakan perlawanan secara langsung yang melibatkan pasukan Malaysia menerusi saluran Astro Arena 2 CH802 dan Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh saksikan kesemua perlawanan yang melibatkan semua pasukan secara online menerusi laman web rasmi watch.hockey. Ianya percuma sahaja.

Kumpulan A : Belgium, Chile, Malaysia, Korea Selatan

Kumpulan B : Poland, Perancis, India, Kanada

Kumpulan C : Korea Selatan, Belanda, Sepanyol, USA

Kumpulan D : Jerman, Argentina, Mesir, Pakistan

24 November 2021 (Rabu)

Belgium (5) - (1) Afrika Selatan

Jerman (5) - (2) Pakistan

Kanada (0) - (1) Poland

Malaysia (2) VS (1) Chile

India (4) VS (5) Perancis

25 November 2021 (Khamis)

Argentina (14) - (0) Mesir

Belanda (12) - (5) Korea Selatan

Sepanyol (17) - (0) USA

Perancis (7) - (1) Poland

Kanada (1) VS (13) India

26 November 2021 (Jumaat)

Afrika Selatan (5) - (1) Chile

Korea Selatan (5) - (1) USA

Sepanyol (2) - (3) Belanda

Argentina (2) - (3) Jerman

Malaysia (1) - (1) Belgium *9.30 malam (MYT) Live di Astro Arena 2

27 November 2021 (Sabtu)

Pakistan (3) - (1)Mesir

Perancis (11) - (1) Kanada

Afrika Selatan (3) - (4) Malaysia *4.30 petang (MYT) live di Astro Arena 2

Belgium (2) - (0) Chile

India (8) - (2) Poland

28 November 2021 (Ahad)

Korea Selatan (0) - (9) Sepanyol

Belanda (14) - (0) USA

Pakistan (3) - (4) Argentina

Jerman (11) - (0) Mesir

29 November 2021 (Isnin)

- Tiada perlawanan berlangsung

30 November 2021 (Selasa) - Tempat Ke-9 sehingga Ke-16

Afrika Selatan (7) - (3) Kanada

Pakistan (18) - (2) USA

Poland (2) - (1) Chile

Korea Selatan (3) - (3) Mesir *Korea Selatan menang 9-8 penalty shoot-out

1 Disember 2021 (Rabu) - Suku Akhir

Jerman (2) - (2) Sepanyol *Jerman menang 3-1 penalty shoot-out

Belanda (1) - (2) Argentina

Perancis (4) - (0) Malaysia *jam 7.00 malam (MYT) di Astro Arena 2

Belgium VS India

2 Disember 2021 (Khamis) -Tempat Ke-13 hingga Ke-16

Kanada (4) - (0) USA

Chile (1) - (0) Mesir

Afrika Selatan (3) - (3) Pakistan *Afrika Selatan menang 4-1 penalty shoot-out

Poland (2) - (3) Korea Selatan

3 Disember 2021 (Jumaat) - Tempat Ke-5 hingga Ke-8 & Semi Final

Belgium (2) - (2) Sepanyol *Belgium menang 4-3 di penalty shoot-out

Malaysia (3) - (9) Belanda

Perancis (0) - (0) Argentina *Argentina menang 3-1 di penalty shoot-out

India (2) - (4) Jerman

4 Disember 2021 (Sabtu) -  Tempat Ke9-10 | Ke11-12 | Ke-13-14 | Ke-15-16

USA (2) - (2) Mesir (Ke15-16) *USA menang 3-0 di penalty shoot-out

Kanada (2) - (1) Chile (Ke13-14)

Pakistan (3) - (0) Poland (Ke11-12)

Afrika Selatan (4) - (0) Korea Selatan (Ke9-10)

5 Disember 2021 (Ahad)

Sepanyol (4) - (1) Malaysia (Ke7-8)

Belgium (4) - (6) Belanda (Ke5-6)

India (1) - (3) Perancis (Ke3-4)

Final

Jerman (2) - (4) Argentina

Untuk dapatkan keputusan semasa dan keputusan penuh bagi setiap perlawanan, anda boleh layari portal FIH Hockey Junior World Cup 2021 di juniorworldcup.hockey.com

Post a Comment

Previous Post Next Post