Senarai Pemain Yang Layak Untuk Kejohanan BWF World Tour Finals 2021

Senarai Pemain Yang Layak Untuk Kejohanan BWF World Tour Finals 2021

Kini sudah sampai ke kejohanan terakhir dalam kalendar BWF World Tour dimana HSBC BWF World Tour Finals 2021 akan bermula pada 1 hingga 5 Disember 2021 yang juga diadakan di Bali, Indonesia.

Kejohanan akhir ini merupakan acara tahunan yang biasanya akan berlangsung pada bulan Disember dimana pemain-pemain badminton yang mempunyai mata BWF tertinggi akan layak untuk sertai kejohanan ini.

Format jumlah pemain tidak sama seperti kejohanan-kejohanan sebelumnya apabila hanya 8 pemain terbaik yang memiliki mata ranking tertinggi sahaja akan layak. Bukan ranking dunia tetapi ranking BWF selama satu tahun

Jumlah mata dikumpul berdasarkan kejohanan berstatus 'World Tour' iaitu Super 1000, Super 750, Super 500, Super 300 dan Super 100. Untuk tahun 2021, hanya 9 kejohanan sahaja berjaya dilangsungkan iaitu Swiss Open, All England Open, Orleans Masters, Spains Masters, Denmark Open, French Open, Hylo Open, Indonesia Masters dan Indonesia Open.

BACA JUGA : Jadual & Keputusan Perlawanan Indonesia Open 2021

BWF World Tour Finals 2021 juga bakal menawarkan hadiah wang tunai yang paling besar iaitu sebanyak USD 1,500,000 atau sekitar RM 6.2 juta. Juga menawarkan mata rangking sekali gus dapat memperbaiki kedudukan.

Syarat Kelayakan Untuk Sertai Kejohanan BWF World Tour Finals 2021

Seperti yang diumumkan, hanya 8 pemain terbaik (Top 8) yang akan layak sertai kejohanan ini bagi setiap kategori (Perseorangan/Regu). Selain itu, pemain perlu sertai mana-mana kejohanan 2 terakhir iaitu Indonesia Masters atau Indonesia Open. Setiap negara hanya boleh disertai oleh 2 wakil sahaja bagi setiap kategori.

Senarai Pemain Yang Layak Ke BWF World Tour Finals 2021

Senarai Pemain Yang Layak Ke BWF World Tour Finals 2021

Persatuan Badminton Dunia (BWF) secara rasmi telah mengeluarkan senarai pemain 8 terbaik bagi penyertaan kejohanan kali ini.

Daripada senarai tersebut, Malaysia mempunyai wakil bagi setiap kategori kecuali perseorangan wanita sahaja. Berikut merupakan senarai penuh bersama jumlah mata yang dikutip.

Perseorangan Lelaki

  1. LEE Zii Jia (MAS)
  2. Viktor AXELSEN (DEN)
  3. KIDAMBI Srikanth (IND)
  4. Toma Junior POPOV (FRA)
  5. Laksya SEN (IND)
  6. Kunlavut VITIDSARN (THA)
  7. Kento MOMOTA (JPN)
  8. Rasmus GEMKE (DEN)

Perseorangan Wanita

  1. Pornpawee CHOCHUWONG (THA)
  2. Akane YAMAGUCHI (JPN)
  3. Busanan ONGBAMRUNGPHAN (THA)
  4. PUSARLA V. Sindhu (IND)
  5. YEO Jia Min (SIN)
  6. Line CHRISTOPHERSEN (DEN)
  7. AN Seyoung (KOR)
  8. Yvonee LI (GER)

Beregu Lelaki

  1. Marcus Fernaldi GIDEON/Kevin Sanjaya SUKAMULJO (INA)
  2. Kim ASTRUP/Anders Skaarup RASMUSSEN (DEN)
  3. Takuro HOKI/Yugo KOBAYASHI (JPN)
  4. ONG Yew Sin/TEO Ee Yi (MAS)
  5. Christo POPOV/Toma Junior POPOV (FRA)
  6. Pramudya KUSUMAWARDANA/Yeremia Erich Yoche Yacob RAMBITAN (INA)
  7. LEE Yang/WANG Chi-Lin (TPA)
  8. Satwiksairaj RANKIREDDY/Chirag SHETTY (IND)

Beregu Wanita

  1. Jongkolphan KITITHARAKUL/Rawinda PRAJONGJAI (THA)
  2. Gabriela STOEVA/Stefani STOEVA (BUL)
  3. Nami MATSUYAMA/Chiharu SHIDA (JPN)
  4. TAN Pearly/THINAAH Muralitharan (MAS)
  5. Chloe BIRCH/Lauren SMITH (ENG)
  6. Ashwini PONNAPPA/REDDY N.Sikki (IND)
  7. KIM Soyeong/KONG Heeyong (KOR)
  8. Greysia POLII/Apriyani RAHAYU (INA)

Beregu Campuran

  1. Yuta WATANABE/Arisa HIGASHINO (JPN)
  2. Dechapol PUAVARANUKROH/Sapsiree TAERATTANACHAI (THA)
  3. Marcus ELLIS/Lauren SMITH (ENG)
  4. TANG Chun Man/TSE Ying Suet (HKG)
  5. Mathias CHRISTIANSEN/Alexandar BOJE (DEN)
  6. TAN Kian Meng/LAI Pei Jing (MAS)
  7. Praveen JORDAN/Melati Daeva OKTAVIANTI (INA)
  8. CHAN Peng Soon/GOH Liu Ying (MAS)

Untuk lihat senarai penuh boleh layari bwfworldtourfinals.bwfbadminton.com

Post a Comment

Previous Post Next Post