Jadual Perlawanan Badminton Untuk BWF World Championships 2021

Jadual Perlawanan Badminton Untuk BWF World Championships 2021

Acara sukan badminton diteruskan lagi apabila akan diadakan BWF World Championships 2021 atau Kejohanan Dunia BWF 2021 yang akan di adakan di Huelva, Sepanyol bermula 12 hingga 19 Disember 2021.

Selepas tamat kejohanan BWF World Tour Finals 2021 yang berlangsung di Bali, Indonesia barisan pemain yang layak akan terbang ke Eropah bagi menyertai kejohanan seterusnya.

Kejohanan Dunia BWF merupakan acara tahunan iaitu diadakan setiap tahun kecuali tahun ketika Sukan Olimpik berlangsung. Disebabkan Olimpik Tokyo 2020, pada tahun 2021 lah diadakan kejohanan ini walaupun Olimpik sebenarnya berlangsung pada tahun 2021.

Kejohanan ini juga bakal memberikan mata rangking yang paling besar bagi setiap pemain terutamanya kepada juara sekali gus membawa gelaran 'Juara Dunia' dan membawa pulang pingat emas. Walaubagaimanapun, tiada hadiah wang tunai akan dibawa pulang pemenang.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Dunia BWF 2021

Seperti yang diumumkan, pasangan profesional yang juga beregeu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengumumkan menarik diri dari kejohanan ini.

Bukan itu sahaja, pemain-pemain Indonesia juga mengumumkan penarikan diri atas faktor keselamatan berikutan virus Covid-19 varian Omicron. 

Baru-baru ini juga, pemain perseorangan Jepun, Kento Momota mengumumkan penarikan diri bagi menyertai kejohanan kali ini atas faktor kecederaan.

Berikut merupakan senarai pemain Malaysia

Perseorangan Lelaki (MD)

  • LEE Zii Jia [6]
  • LIEW Daren
  • CHEAM June Wei

Perseorangan Wanita (WS)

  • Kisona Selvaduray

Beregu Lelaki (MD)

  • Aaron CHIA[4]/SOH Wooi Yik
  • ONG Yew Sin[9]/TEO Ee Yi
  • GOH V Shem[10]/TAN Wee Kiong
  • GOH Sze Fei[14]/Nur IZZUDDIN

Beregu Wanita (WD)

  • TAN Pearly[13]/THINAAH Muralitharan
  • TEOH Mei Xing/YAP Ling

Beregu Campuran (XD)

  • TAN Kian Meng[9]/LAI Pei Jing
  • GOH Soon Huat[10]/LAI Shevon Jemie
  • HOO Pang Ron/CHEAH Yee See

Diharapkan pemain-pemain negara dalam memberikan saingan terhadap lawan masing-masing dan cuba untuk mara ke peringkat yang lebih jauh.

Jadual & Keputusan Siaran Langsung Perlawanan Kejohanan Dunia BWF 2021

Untuk peminat sukan badminton tanah air, jangan lupa untuk saksikan kesemua perlawanan bagi acara sukan badminton untuk Kejohanan Dunia BWF 2021 bermula 12 - 19 Disember 2021.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport CH 814 dan CH 815 serta tayangan secara online di Astro Go dan Sooka.my

Berikut merupakan jadual perlawanan yang melibatkan pemain-pemain Malaysia dan keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

12 Disember, Ahad (Pusingan Pertama, R64)

Kenta NISHIMOTO[15] (JPN) - MS
[21-17, 21-8]
CHEAM June Wei (MAS)

KISONA Selvaduray (MAS) - WS
[14-21, 15-21]
Neslihan YIGIT (TUR)

13 Disember, Isnin (Pusingan Pertama, R64)

LIEW Daren (MAS) - MS
[21-14, 21-14]
Misha ZILBERMAN (ISR)

Jason Anthony HO-SHUE (CAN) - MS
[10-21, 21-17, 11-21]
LEE Zii Jia[6] (MAS)

Ties VAN DER LECQ/Debora JILLE (NED) - XD
[24-26, 12-21]
HOO Pang Ron/CHEAH Yee See (MAS)

TEOH Mei Xing/YAP Ling (MAS) - WD
[18-21, 17-21]
Alexandra BOJE/Mette POULSEN (DEN)

14 Disember, Selasa (Pusingan Kedua, R32)

TAN Kian Meng[9]/LAI Pei Jing (MAS) - XD
[21-8, 21-18]
Saurabh SHARMA/Anoushka PARIKH (IND)

ONG Yew Sin[9]/TEO Ee Yi (MAS) - MD
[21-12, 21-19]
Joel EIPE/Rasmus KJAER (DEN)

GOH Sze Fei[14]/Nur IZZUDDIN (MAS) - MD
[21-14, 19-21, 21-16]
Alexander DUNN/Adam HALL (SCO)

15 Disember, Rabu (Pusingan Kedua, R32)

LIEW Daren (MAS) - MD
[7-21, 17-21]
PRANNOY H. S. (IND)

Hiroki OKAMURA/Masayuki ONODERA (JPN) - MD
[15-21, 24-22, 16-21]
GOH V Shem[10]/TAN Wee Kiong (MAS)

NG Tsz Yau/YUEN Sin Ying (HKG) - WD
[10-21, 21-12, 21-11]
TAN Pearly[13]/THINAAH Muralitharan (MAS)

Ygor COELHO (BRA) - MS
[14-21, 24-22, 14-21]
LEE Zii Jia[6] (MAS)

OU Xuan Yi/ZHANG Nan (CHN) - MD
[18-21, 22-20, 16-21]
Aaron CHIA[4]/SOH Wooi Yik (MAS)

Upak JOMKOH/Supissara PAEWSAMPRAN (THA) - XD
[13-21, 16-21]
GOH Soon Huat[10]/LAI Shevon Jemie (MAS)

16 Disember, Khamis (Pusingan Ketiga, R16)

Satwiksairaj RANKIREDDY [8]/Chirag SHETTY (IND) - MD
[20-22, 21-18, 15-21]
ONG Yew Sin [9]/TEO Ee Yi (MAS)

Yuta WATANABE [3]/Arisa HIGASHINO (JPN) - XD
[21-19, 21-19]
TAN Kian Meng [9]/LAI Pei Jing (MAS)

LEE Yang [3]/WANG Chi-Lin (TPE) - MD
[21-18, 17-21, 21-18]
GOH Sze Fei [14]/Nur IZZUDDIN (MAS)

Mark LAMSFUSS [11]/Isabel LOHAU (GER) - XD
[21-13, 13-21, 21-18]
HOO Pang Ron/CHEAH Yee See (MAS)

GOH V Shem [10]/TAN Wee Kiong (MAS) - MD
[21-14, 14-21, 21-17]
Bjarne GEISS/Jan Colin VĂ–LKER (GER)

HE Ji Ting [16]/TAN Qiang (CHN) - MD
[17-21, 21-14, 21-16]
Aaron CHIA[4]/SOH Wooi Yik (MAS)

Hans-Kristian Solberg VITTINGHUS (DEN) - MS
[15-21, 21-15, 10-21]
LEE Zii Jia [6] (MAS)

GOH Soon Huat [10]/LAI Shevon Jemie (MAS) - XD
[21-8, 19-21, 21-19]
YEUNG Ming Nok/NG Tsz Yau (HKG)

17 Disember, Jumaat (Suku Akhir)

GOH Soon Huat [10]/LAI Shevon Jemie (MAS) - XD
[15-21, 13-21]
Dechapol PUAVARANUKROH [2]/Sapsiree TAERATTANACHAI (THA)

LEE Yang [3]/WANG Chi-Lin (TPE) - MD
[21-12, 17-21, 15-21]
ONG Yew Sin [9]/TEO Ee Yi (MAS)

LEE Zii Jia [6] (MAS) *Retired - MS
[21-12, 8-21, 1-11]
Anders ANTONSEN [3] (DEN)

GOH V Shem [10]/TAN Wee Kiong (MAS) - MD
[20-22, 14-21]
HE Ji Ting [16]/TAN Qiang (CHN)

18 Disember, Sabtu (Separuh Akhir)

Takuro HOKI [5]/Yugo KOBAYASHI (JPN) - MD
[21-13, 21-9]
ONG Yew Sin [9]/TEO Ee Yi (MAS)

19 Disember, Ahad (Akhir)

Yuta WATANABE [3]/Arisa HIGASHINO (JPN) - XD
[13-21, 14-21]
Dechapol PUAVARANUKROH [2]/Sapsiree TAERATTANACHAI (THA)

TAI Tzu Ying [1] (TPE) - WS
[14-21, 11-21]
Akane YAMAGUCHI [2] (JPN)

CHEN Qing Chen [1]/JIA Yi Fan (CHN) - WD
[21-16, 21-17]
LEE Sohee [2]/SHIN Seungchan (KOR)

Takuro HOKI [5]/Yugo KOBAYASHI (JPN) - MD
[21-12, 21-18]
HE Ji Ting [16]/TAN Qiang (CHN)

KIDAMBI Srikanth [12] (IND) - MS
[15-21, 20-22]
LOH Kean Yew (SIN)

Untuk dapatkan lain-lain jadual dan keputusan perlawanan, anda boleh rujuk di laman web BWF di bwfworldchampionships.bwfbadminton.com

Jadual Penuh Perlawanan Kejohanan Piala Suzuki AFF, Singapura 2020

Jadual Penuh Perlawanan Kejohanan Piala Suzuki AFF, Singapura 2020

Kejohanan bola sepak tertinggi peringkat Asia Tenggara akan menghangatkan bulan anda kali ini. Piala Suzuki AFF 2020 akan berlangsung bermula 5 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022 dan Singapura telah dipilih sebagai tuan rumah.

Acara dwi tahunan itu yang sepatutnya dilangsung pada tahun lepas terpaksa ditunda akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk rantau Asia Tenggara ini. Jadi untuk edisi 2020 terpaksa diadakan pada tahun 2021.

Kejohanan bola sepak yang menggunakan format 2 kumpulan bakal menampilkan 10 pasukan kebangsaan terhebat rantau ini. Malaysia telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama juara bertahan, Vietnam, Indonesia, Kembola dan Laos.

Manakala untuk kumpulan B, pasukan yang diundi adalah Thailand, Myanmar, Filipina, Singapura dan Timor-Leste.

Format kejohanan ini adalah hanya 2 pasukan teratas yang layak untuk ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Separuh Akhir dan jika berjaya bergerak ke peringkat Akhir. Siapakah yang bakal memenangi AFF Suzuki Cup edisi 2020 kali ini?

Jadual Dan Keputusan Penuh Perlawanan Kejohanan Piala Suzuki AFF 2020

Seramai 24 pemain yang telah berjaya menempatkan diri dalam skuad utama Harimau Malaya dibawah Ketua Jurulatih Kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan pastinya mereka akan memberikan kesemua keringat dan kesungguhan bagi meraih gelaran juara.

Jadi untuk berikan semangat, ayuh rakyat Malaysia saksikan setiap perlawanan yang berlangsung termasuk yang melibatkan pasukan Malaysia yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM. Perlawanan pertama jam 5.30 petang dan perlawanan kedua jam 8.30 malam

Untuk pengguna Astro, anda boleh saksikan setiap perlawanan menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Go. Manakala untuk siaran RTM, anda boleh tonton menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM serta strim secara online di RTMKLIK secara percuma.

Peringkat Kumpulan

5 Disember 2021

Singapura (3) - (0) Myanmar

Timor-Leste (0) - (2) Thailand

6 Disember 2021

Kemboja (1) - (3) Malaysia

  • 23' (P) Safawi Rasid | 61' Akhyar Rashid | 78' Kogileswaran
  • 90' (P) Sath Rosib

Laos (0) - (2) Vietnam

8 Disember 2021

Myanmar (2) - (0) Timor-Leste

Filipina (1) - (2) Singapura

9 Disember 2021

Malaysia (4) - (0) Laos

  • 7', 34', 80' Safawi Rasid | 78' Shahrul Saad

Indonesia (4) - (2) Kemboja

11 Disember 2021

Timor-Leste (0) - (7) Filipina

Thailand (4) - (0) Myanmar

12 Disember 2021

Laos (1) - (5) Indonesia

Vietnam (3) - (0) Malaysia

  • 32' Nguyen Quang Hai | 36' Nguyen Cong Phuong | 89' Nguyen Haong Duc

14 Disember 2021

Filipina (1) - (2) Thailand

Singapura (2) - (0) Timor-Leste

15 Disember 2021

Indonesia (0) - (0) Vietnam

Kemboja (3) - (0) Laos

18 Disember 2021

Thailand (2) - (0) Singapura

Myanmar (2) - (3) Filipina

19 Disember 2021

Vietnam (4) - (0) Kemboja

Malaysia (4) - (1) Indonesia

  • 13' R. Kogileswaran
  • 36' 43' Irfan Jaya | 50' P. Arhan | 82' E. Baggott

Peringkat Separuh Akhir

22 Disember 2021 (1st-Leg)

Singapura (1) - (1) Indonesia

  • 28' Witan Sulaeman (INA)
  • 70' Ikhsan Fandi (SIN)

23 Disember 2021 (1st-Leg)

Vietnam (0) - (2) Thailand

  • 14', 23' Chanathip Songkrasin

25 Disember 2021 (2nd-Leg)

Indonesia (4) - (2) Singapura (ET) [5-3]

  • 11' Ezra Walian | 87' Pratama Arhan | 91' Shawal Anuar | 107' Egy Maulana (INA)
  • 49' Song Ui-Young | 74' Shahdan Sulaiman (SIN)

26 Disember 2021 (2nd-Leg)

Thailand (0) - (0) Vietnam [2-0]

Peringkat Akhir

29 Disember 2021 (Final 1st-Leg)

Indonesia (0) - (4) Thailand

  • 2', 52' Chanathip Songkrasin | 67' Supachok Sarachart | 83' Bordin Phala

1 Januari 2022 (Final 2nd-Leg)

Thailand (2) - (2) Indonesia (Ag : 6-2)

  • 54' Adisak Kraisorn | 56' Sarach Yooyen (THA)
  • 7' Ricky Kambuaya | 80' Egy Mualana (INA)

JUARA PIALA SUZUKI AFF 2020 : THAILAND

Dapatkan statistik dan infografik bagi setiap perlawanan di laman web rasmi AFF SUZUKI CUP di www.affsuzukicup.com/2020

Jadual Perlawanan Siaran Langsung Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita, Donghae 2021

Jadual Perlawanan Siaran Langsung Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita, Donghae 2021

Jika skuad hoki remaja lelaki kini bersaing di peringkat piala dunia, skuad wanita kebangsaan pula akan menggalas cabaran dalam kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita, Donghae 2021 yang dijadualkan berlangsung bermula 5 hingga 12 Disember 2021.

6 pasukan kebangsaan terbaik Asia akan bertarung dalam format liga satu kumpulan termasuk Malaysia bersama-sama dengan pasukan hebat lain iaitu China, India, pasukan tuan rumah Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

BACA : 20 Pemain Mewakili Pasukan Hoki Wanita Kebangsaan Dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2021

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita, Donghae 2021

Kesemua perlawanan akan berlangsung dari Donghae City Sunrise Stadium, Korea Selatan selamat 8 hari iaitu bermula 5-12 Disember 2021.

Walaubagaimanapun tiada tayangan secara langsung di mana-mana saluran tv, tetapi anda boleh tonton kesemua perlawanan secara live menerusi laman rasmi striming watch.hockey secara percuma.

Penyertaan pasukan Malaysia dalam kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2021 kini dibatalkan ekoran kes positif Covid-19 yang melibatkan pemain negara. Walaubagaimanapun kejohanan masih diteruskan seperti biasa tanpa melibatkan pasukan Malaysia sahaja

5 Disember 2021

China VS Malaysia (Tunda)

India (13) - (0) Thailand

Korea Selatan (0) - (1) Jepun

6 Disember 2021

India VS Malaysia (Tunda)

China (2) - (3) Jepun

Thailand (0) - (3) Korea Selatan

8 Disember 2021

Jepun VS Malaysia (9.30 AM MYT)

Thailand (0) - (8) China

Korea Selatan VS India (Tunda)

9 Disember 2021

Jepun (6) - (0) Thailand

Korea Selatan VS China

China VS India

Malaysia VS Korea Selatan (2.00 PM MYT)

11 Disember 2021

Jepun (2) - (1) Korea (FINAL)

China (6) - (0) Thailand (Tempat Ke-3/4)

JEPUN (JUARA)
KOREA SELATAN (NAIB JUARA)
CHINA (TEMPAT KE-3)
THAILAND (TEMPAT KE-4)

Untuk ketahui statistik perlawanan, kedudukan liga dan inforgrafi bagi setiap perlawanan berlangsung, anda boleh layari laman web tms.fih.ch

Senarai 24 Pemain Skuad Harimau Malaya Ke Piala Suzuki AFF, Singapura 2020

Senarai 24 Pemain Skuad Harimau Malaya Ke Piala Suzuki AFF, Singapura 2020

Hari ini secara rasminya senarai akhir 24 pemain skuad Harimau Malaya bagi mewakili negara dalam kejohanan Piala Suzuiki AFF 2020 yang di adakan di Singapura.

Senarai ini diumumkan oleh oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dimana skuad kebangsaan kendalian Ketua Jurulatih Kebangsaan Tan Cheng Hoe akan menghadapi kejohanan tersebut bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

Pada awalnya, Tan Cheng Hoe memanggil 28 pemain untuk menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya yang telah bermula pada 22 November yang lalu bagi persiapan menghadapi Piala Suzuki kali ini.

Selain daripada 28 pemain tersebut, beliau juga menyenaraikan 3 pemain tambahan yang diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat sebarang perubahan pada senarai nama awal. Ternyata salah seorang daripada tiga pemain tersebut, berjaya disenaraikan dalam skuad utama Harimau Malaya

Senarai 24 Pemain Skuad Harimau Malaya Untuk Kejohanan Piala Suzuki AFF 2020

Jadi dalam senarai 28 dan 3 pemain tambahan, hanya 24 pemain sahaja dipilih mewakili Malaysia untuk ke Singapura bagi mengharungi cabaran AFF Suzuki Cup 2020.

Penjaga Gol

  • Khairul Azhan
  • Khairul Fahmi
  • Kalamullah Al-Hafiz

Pertahanan

  • Rizal Ghazali
  • Aidil Zafuan
  • Dion Cools
  • Quentin Cheng
  • Junior Eldstal
  • Syahmi Safari
  • Dominic Tan
  • Shahrul Saad
  • Arif Fadzilah
  • Ariff Farhan

Pemain Tengah

  • Safawi Rasid
  • Baddrol Bakhtiar
  • Mukhairi Ajmal
  • Faisal Halim
  • Arif Aiman
  • Akhyar Rashid
  • Syafiq Ahmad
  • Kogileswaran

Penyerang

  • Guilherme De Paula
  • Luqman
  • Shahrel Fikri

Selamat berjuang Harimau Malaya!

Senarai Pemain Wanita Malaysia Dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia, Donghae 2021

Senarai Pemain Wanita Malaysia Dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia, Donghae 2021

Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan akan menggalas cabaran peringkat antarabangsa di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita, Donghae 2021 (Donghae Women's Asian Champions Trophy 2021) bermula 5 hingga 12 Disember 2021.

Kejohanan ini akan berlangsung 8 hari yang akan diadakan di Donghae, Korea Selatan dengan menggunakan format liga satu kumpulan dimana Malaysia akan bersaing bersama-sama pasukan India, China, Korea, Jepun dan Thailand.

Sebanyak 2 kali penganjuran kejohanan ini terpaksa ditunda disebabkan wabak Covid-19 yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 14-21 Jun 2020. Kemudian ianya ditunda lagi kepada 31 Mac-6 April 2021. Ianya ditunda sekali lagi dan secara rasmi ianya berlangsung bermula 5 Disember ini 

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia, Donghae 2021

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) telah mengumumkan senarai 20 pemain wanita kebangsaan yang akan menggalas cabaran untuk kejohanan kali ini dibawah Ketua Jurulatih Mohh Nasihin Nubli Ibrahim bersama-sama kapten pasukan Juliani Mohamad Din.

BACA : Jadual Perlawanan Dan Keputusan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2021

Seramai 2 penjaga gol, 7 pemain pertahanana, 5 pemain tengah dan 6 pemain penyerang sudah dipilih bagi membawa cabaran untuk kejohanan peringkat antarabangsa ini.

Penjaga Gol

  • Siti Rozailah Jilon
  • Siti Zalia Nasir

Pertahanan

  • Juliani Mohamad Din
  • Raja Norsharina Raja Shabuddin
  • Nurul Faezah Shafiqah Khalim
  • Iren Hussin
  • Dayang Nuramirah Abang Mahadini
  • Nurul Fatin Fatiah Azman
  • Ellya Amanina Ellias

Tengah

  • Nuraini Abdul Rashid
  • Fatin Shafika Mahd Sukri
  • Nur Syuhada Suhaimi
  • Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun
  • Nur Insyirah Effarizal

Penyerang

  • Nuramirah Shakirah Zulkifli
  • Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad
  • Siti Zulaikha Husain
  • Siti Nur Arfah Mohd Nor
  • Nur Atira Mohamad Ismail
  • Nur Afiqah Syahzani Azhar

Semoga pemain Malaysia buat yang terbaik dan peroleh kemenangan bagi setiap perlawanan dalam kejohanan tersebut.

DON'T MISS

Nature, Health, Fitness
© all rights reserved
made with by templateszoo