Jadual Penuh Perlawanan Kejohanan Piala Suzuki AFF, Singapura 2020

Jadual Penuh Perlawanan Kejohanan Piala Suzuki AFF, Singapura 2020

Kejohanan bola sepak tertinggi peringkat Asia Tenggara akan menghangatkan bulan anda kali ini. Piala Suzuki AFF 2020 akan berlangsung bermula 5 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022 dan Singapura telah dipilih sebagai tuan rumah.

Acara dwi tahunan itu yang sepatutnya dilangsung pada tahun lepas terpaksa ditunda akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk rantau Asia Tenggara ini. Jadi untuk edisi 2020 terpaksa diadakan pada tahun 2021.

Kejohanan bola sepak yang menggunakan format 2 kumpulan bakal menampilkan 10 pasukan kebangsaan terhebat rantau ini. Malaysia telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama juara bertahan, Vietnam, Indonesia, Kembola dan Laos.

Manakala untuk kumpulan B, pasukan yang diundi adalah Thailand, Myanmar, Filipina, Singapura dan Timor-Leste.

Format kejohanan ini adalah hanya 2 pasukan teratas yang layak untuk ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Separuh Akhir dan jika berjaya bergerak ke peringkat Akhir. Siapakah yang bakal memenangi AFF Suzuki Cup edisi 2020 kali ini?

Jadual Dan Keputusan Penuh Perlawanan Kejohanan Piala Suzuki AFF 2020

Seramai 24 pemain yang telah berjaya menempatkan diri dalam skuad utama Harimau Malaya dibawah Ketua Jurulatih Kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan pastinya mereka akan memberikan kesemua keringat dan kesungguhan bagi meraih gelaran juara.

Jadi untuk berikan semangat, ayuh rakyat Malaysia saksikan setiap perlawanan yang berlangsung termasuk yang melibatkan pasukan Malaysia yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM. Perlawanan pertama jam 5.30 petang dan perlawanan kedua jam 8.30 malam

Untuk pengguna Astro, anda boleh saksikan setiap perlawanan menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Go. Manakala untuk siaran RTM, anda boleh tonton menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM serta strim secara online di RTMKLIK secara percuma.

Peringkat Kumpulan

5 Disember 2021

Singapura (3) - (0) Myanmar

Timor-Leste (0) - (2) Thailand

6 Disember 2021

Kemboja (1) - (3) Malaysia

  • 23' (P) Safawi Rasid | 61' Akhyar Rashid | 78' Kogileswaran
  • 90' (P) Sath Rosib

Laos (0) - (2) Vietnam

8 Disember 2021

Myanmar (2) - (0) Timor-Leste

Filipina (1) - (2) Singapura

9 Disember 2021

Malaysia (4) - (0) Laos

  • 7', 34', 80' Safawi Rasid | 78' Shahrul Saad

Indonesia (4) - (2) Kemboja

11 Disember 2021

Timor-Leste (0) - (7) Filipina

Thailand (4) - (0) Myanmar

12 Disember 2021

Laos (1) - (5) Indonesia

Vietnam (3) - (0) Malaysia

  • 32' Nguyen Quang Hai | 36' Nguyen Cong Phuong | 89' Nguyen Haong Duc

14 Disember 2021

Filipina (1) - (2) Thailand

Singapura (2) - (0) Timor-Leste

15 Disember 2021

Indonesia (0) - (0) Vietnam

Kemboja (3) - (0) Laos

18 Disember 2021

Thailand (2) - (0) Singapura

Myanmar (2) - (3) Filipina

19 Disember 2021

Vietnam (4) - (0) Kemboja

Malaysia (4) - (1) Indonesia

  • 13' R. Kogileswaran
  • 36' 43' Irfan Jaya | 50' P. Arhan | 82' E. Baggott

Peringkat Separuh Akhir

22 Disember 2021 (1st-Leg)

Singapura (1) - (1) Indonesia

  • 28' Witan Sulaeman (INA)
  • 70' Ikhsan Fandi (SIN)

23 Disember 2021 (1st-Leg)

Vietnam (0) - (2) Thailand

  • 14', 23' Chanathip Songkrasin

25 Disember 2021 (2nd-Leg)

Indonesia (4) - (2) Singapura (ET) [5-3]

  • 11' Ezra Walian | 87' Pratama Arhan | 91' Shawal Anuar | 107' Egy Maulana (INA)
  • 49' Song Ui-Young | 74' Shahdan Sulaiman (SIN)

26 Disember 2021 (2nd-Leg)

Thailand (0) - (0) Vietnam [2-0]

Peringkat Akhir

29 Disember 2021 (Final 1st-Leg)

Indonesia (0) - (4) Thailand

  • 2', 52' Chanathip Songkrasin | 67' Supachok Sarachart | 83' Bordin Phala

1 Januari 2022 (Final 2nd-Leg)

Thailand (2) - (2) Indonesia (Ag : 6-2)

  • 54' Adisak Kraisorn | 56' Sarach Yooyen (THA)
  • 7' Ricky Kambuaya | 80' Egy Mualana (INA)

JUARA PIALA SUZUKI AFF 2020 : THAILAND

Dapatkan statistik dan infografik bagi setiap perlawanan di laman web rasmi AFF SUZUKI CUP di www.affsuzukicup.com/2020

Post a Comment

Previous Post Next Post