Senarai 24 Pemain Skuad Harimau Malaya Ke Piala Suzuki AFF, Singapura 2020

Senarai 24 Pemain Skuad Harimau Malaya Ke Piala Suzuki AFF, Singapura 2020

Hari ini secara rasminya senarai akhir 24 pemain skuad Harimau Malaya bagi mewakili negara dalam kejohanan Piala Suzuiki AFF 2020 yang di adakan di Singapura.

Senarai ini diumumkan oleh oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dimana skuad kebangsaan kendalian Ketua Jurulatih Kebangsaan Tan Cheng Hoe akan menghadapi kejohanan tersebut bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

Pada awalnya, Tan Cheng Hoe memanggil 28 pemain untuk menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya yang telah bermula pada 22 November yang lalu bagi persiapan menghadapi Piala Suzuki kali ini.

Selain daripada 28 pemain tersebut, beliau juga menyenaraikan 3 pemain tambahan yang diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat sebarang perubahan pada senarai nama awal. Ternyata salah seorang daripada tiga pemain tersebut, berjaya disenaraikan dalam skuad utama Harimau Malaya

Senarai 24 Pemain Skuad Harimau Malaya Untuk Kejohanan Piala Suzuki AFF 2020

Jadi dalam senarai 28 dan 3 pemain tambahan, hanya 24 pemain sahaja dipilih mewakili Malaysia untuk ke Singapura bagi mengharungi cabaran AFF Suzuki Cup 2020.

Penjaga Gol

  • Khairul Azhan
  • Khairul Fahmi
  • Kalamullah Al-Hafiz

Pertahanan

  • Rizal Ghazali
  • Aidil Zafuan
  • Dion Cools
  • Quentin Cheng
  • Junior Eldstal
  • Syahmi Safari
  • Dominic Tan
  • Shahrul Saad
  • Arif Fadzilah
  • Ariff Farhan

Pemain Tengah

  • Safawi Rasid
  • Baddrol Bakhtiar
  • Mukhairi Ajmal
  • Faisal Halim
  • Arif Aiman
  • Akhyar Rashid
  • Syafiq Ahmad
  • Kogileswaran

Penyerang

  • Guilherme De Paula
  • Luqman
  • Shahrel Fikri

Selamat berjuang Harimau Malaya!

Post a Comment

Previous Post Next Post