Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan akan menggalas cabaran peringkat antarabangsa di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita, Donghae 2021 (Donghae Women's Asian Champions Trophy 2021) bermula 5 hingga 12 Disember 2021.
Kejohanan ini akan berlangsung 8 hari yang akan diadakan di Donghae, Korea Selatan dengan menggunakan format liga satu kumpulan dimana Malaysia akan bersaing bersama-sama pasukan India, China, Korea, Jepun dan Thailand.
Sebanyak 2 kali penganjuran kejohanan ini terpaksa ditunda disebabkan wabak Covid-19 yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 14-21 Jun 2020. Kemudian ianya ditunda lagi kepada 31 Mac-6 April 2021. Ianya ditunda sekali lagi dan secara rasmi ianya berlangsung bermula 5 Disember ini
Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia, Donghae 2021
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) telah mengumumkan senarai 20 pemain wanita kebangsaan yang akan menggalas cabaran untuk kejohanan kali ini dibawah Ketua Jurulatih Mohh Nasihin Nubli Ibrahim bersama-sama kapten pasukan Juliani Mohamad Din.
BACA : Jadual Perlawanan Dan Keputusan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2021
Seramai 2 penjaga gol, 7 pemain pertahanana, 5 pemain tengah dan 6 pemain penyerang sudah dipilih bagi membawa cabaran untuk kejohanan peringkat antarabangsa ini.
Penjaga Gol
- Siti Rozailah Jilon
- Siti Zalia Nasir
Pertahanan
- Juliani Mohamad Din
- Raja Norsharina Raja Shabuddin
- Nurul Faezah Shafiqah Khalim
- Iren Hussin
- Dayang Nuramirah Abang Mahadini
- Nurul Fatin Fatiah Azman
- Ellya Amanina Ellias
Tengah
- Nuraini Abdul Rashid
- Fatin Shafika Mahd Sukri
- Nur Syuhada Suhaimi
- Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun
- Nur Insyirah Effarizal
Penyerang
- Nuramirah Shakirah Zulkifli
- Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad
- Siti Zulaikha Husain
- Siti Nur Arfah Mohd Nor
- Nur Atira Mohamad Ismail
- Nur Afiqah Syahzani Azhar