Skuad 'Malaysian Tigress' akan membuka tirai kejohanan antarabangsa bagi tahun 2022 ini apabila bakal menyertai Kejohanan Hoki Piala Asia, Muscat Oman 2022 yang bakal berlangsung bermula 21 hingga 28 Januari 2022.
Ketua Jurulatih, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim telah menyenaraikan seramai 20 pemain yang telah dipilih bagi kejohanan kali ini dimana terdiri daripada 2 penjaga gol, 6 pemain pertahanan, 5 pemain tengah dan 7 penyerang.
BACA : Senarai 20 Pemain Wakil Malaysia Bagi Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita, Muscat Oman 2022
Sebanyak sebelas pasukan dari rantau Asia yang layak bagi kejohanan ini dan mereka diletakkan dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.
Pasukan Kumpulan A terdiri daripada India, Jepun, Singapura dan Malaysia. Manakala Kumpulan B menampilkan pasukan China, Korea, Thailand dan Indonesia.
Untuk forman kejohanan bakal menyaksikan dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak melangkah ke aksi separuh akhir dan pemenang akan bergerak ke peringkat akhir.
Bukan itu sahaja, Women's Asian Cup 2022 ini juga murupakan perlawanan kelayakan bagi Kejohanan Piala Dunia Wanita 2022 yang merupakan kejohanan antarabangsa tertinggi bagi sukan hoki wanita. Pastinya akan membakar semangat pemain negara bagi memberikan corak permainan yang baik.
Jadual Dan Keputusan Perlawanan Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita, Muscat Oman 2022
Bagi peminat hoki tanah air, perlawanan ini tidak akan dibawakan secara langsung di kaca tv sama ada menerusi Astro atau RTM.
Akan tetapi, untuk mereka yang ingin menonton secara langsung bagi perlawanan terutamanya yang melibatkan pemain Malaysia, anda boleh tonton secara online di watch.hockey secara percuma.
Jadual perlawanan yang melibatkan setiap pasukan
21 JANUARI 2022
Korea (7) - (0) Indonesia
Japan (6) - (0) Singapura
China (6) - (1) Thailand
India (9) - (0) Malaysia (12 AM - 22 Jan waktu Malaysia)
22 JANUARI 2022
Korea (4) - (0) China
Thailand VS Indonesia
23 JANUARI 2022
Malaysia VS Singapura ( 9 PM waktu Malaysia)
Jepun VS India
24 JANUARI 2022
China (7) - (0 Indonesia
Thailand (0) - (6) Korea
Malaysia (0) - (8) Jepun (9 PM waktu Malaysia)
India (9) - (1) Singapura
25 JANUARI 2022
(Rest Day)
26 JANUARI 2022
- Tempat Ke-5 hingga Ke-8
Thailand (1) - (0) Singapura
Malaysia (6) - (0) Indonesia (6 PM waktu Malaysia)
- Separuh Akhir
Korea (3) - (2) India
Jepun (2) - (1) China
27 JANUARI 2022
- Tempat Ke-7 dan Ke-8
Singapura (2) - (1) Indonesia
- Tempat Ke-5 dan Ke-6
Thailand (0) - (3) Malaysia (11 PM waktu Malaysia)
28 JANUARI 2022
- Tempat Ke-3 dan Ke-4
India (2) - (0) China
- Akhir
Korea (2) - (4) Jepun
PODIUM
Emas (Jepun)
Perak (Korea)
Gangsa (India)
Tempat Ke-4 (China)
Tempat Ke-5 (Malaysia)
Tempat Ke-6 (Thailand)
Tempat Ke-7 (Singapura)
Tempat Ke-8 (Indonesia)
Untuk dapatkan statistik penuh bagi setiap perlawanan boleh pergi ke laman web www.asianhockey.org