Slider

Kim Pan Gon Menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya Yang Baru

Kim Pan Gon dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya yang baru

Kim Pan Gon Menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya Yang Baru

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan pelantikan Ketua Jurulatih bagi skuad Harimau Malaysia yang baru iaitu Kim Pan Gon.

Keputulan pelantikan ini dibuat berikut jawatan tersebut telah dikonsongkan oleh Tan Cheng Hoe pada awal Januari yang lalu selepas beliau mengumumkan pelatakan jawatan sebagai Ketua Jurulatih pasukan bola sepak Malaysia.

Kim Pan Goh yang berasal daripada Korea itu ketika ini merupakan Pengarah Pasukan Kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea (KFA) yang dipegang sejak tahun 2018.

Sebelum ini juga, beliau merupakan Ketua Jurulatih pasukan Kebangsaan Hong Kong dari 2009-2010 dan 2012 hingga tahun 2017.

Pemilihan beliau juga dibuat selepas penilaian yang dibuat secara menyeluruh bagi calon-calon yang tersenarai awal dari pelbagai negara termasuk Jepun, negara-negara Eropah dan Amerika Latin.

FAM berasakan bahawa Pan Gon merupakan calon terbaik untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya berdasarkan pengalaman luas beliau sebagai jurulatih di peringkat kelab dan pasukan kebangsaan.

Tambahan lagi, beliau fasih berbahasa Inggeris sekali gus memudahkan untuk berkomunikasi dengan staf kejurulatihan, pegawai, pemain dan media.

Seperti yang diumumkan oleh FAM, Pan Goh dijangka tiba di Malaysia pada awal Februari 2022 bersama-sama empat pembantunya iaitu seorang penolong jurulatih, seorang jurulatih penjaga gol, seorang jurulatih kecergasan dan seorang juruanalisis.

Macam mana? Sekarang kita pun sudah ada jurulatih Korea Selatan.


0

No comments

Post a Comment

both, mystorymag

DON'T MISS

Nature, Health, Fitness
© all rights reserved
made with by templateszoo