Slider

Senarai 20 Pemain Wakil Malaysia Bagi Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita, Muscat Oman 2022

Berikut merupakan senarai 20 pemain negara bagi kejohanan Hoki Piala Asia Wanita Muscat Oman 2022

pemain malaysia dalam kejohanan hoki piala asia wanita oman 2022

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) telah mengumumkan senarai 20 pemain yang bakal menggalas cabaran ke Kejohanan Piala Asia Wanita, Muscat Oman 2022.

Kejohanan yang bakal berlangsung pada 21 hingga 28 Januari 2022 ini bakal menjadi tugasan antarabangsa pertama untuk Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan untuk tahun 2022.

Seperti yang diumumkan oleh MHC, rata-rata pasukan yang bakal bergerak ke Women's Asian Cup 2022 adalah pemain berusia 23 tahun ke bawah dan buat kali pertama menyertai kejohanan peringkat senior tertinggi di Asia.

Senarai 20 Pemain Kebangsaan Bagi Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2022

Ketua Jurulatih Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim telah membuat penilaian pemain dan telah menyenaraikan 20 pemain untuk ke Muscat, Oman.

Berikut merupakan senarai pemain berdasarkan posisi dalam pasukan

PENJAGA GOL

  • Siti Rozailah Jilon
  • Siti Zalia Nasir

PERTAHANAN

  • Juliani Mohamad Din
  • Raja Norsharina Raja Shabuddin
  • Nurul Faezah Shafiqah Khalim
  • Iren Hussin
  • Dayang Nuramirah Abang Mahadini
  • Nurul Fatin Fatiah Azman

TENGAH

  • Nuraini Abdul Rashid
  • Fatin Shafika Mahd Sukri
  • Nur Syuhada Suhaimi
  • Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun
  • Nur Insyirah Effarizal

PENYERANG

  • Nuramirah Shakirah Zulkifli
  • Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad
  • Siti Zulaikha Husain
  • Siti Nur Arfah Mohd Nor
  • Nur Atira Mohamad Ismail
  • Nur Afiqah Syahzani Azhar
  • Hanis Nadiah Onn

Pemain yang terpilih ini juga bakal berdepan dengan pasukan-pasukan yang beraksi di Sukan Olimpik serta Piala Dunia. Pastinya akan memberikan pendedahan yang terbaik untuk pasukan 'Malaysian Tigress'

0

No comments

Post a Comment

both, mystorymag

DON'T MISS

Nature, Health, Fitness
© all rights reserved
made with by templateszoo