Slider

Jadual Perlawanan Malaysia Di AFC Piala Asia B23 2022 Uzbekistan

Skuad Bole Sepak Malaysia B23 akan bertanding dalam kejohanan AFC B23 Piala Asia 2022 Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun 2022

Jadual Perlawanan Malaysia Di AFC Piala Asia B23 2022 Uzbekistan

Skuad Harimau Malaya B-23 akan menghadapi kejohanan terbesar Asia apabila layak ke AFC Piala Asia B23 2022 Uzbekistan bermula 1 Jun hingga 19 Jun 2022 yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan.

Sebanyak 16 pasukan terbaik Asia bakal merebut gelaran juara untuk edisi kali ini dimana kesemua dibahagikan dalam 4 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan. Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Thailand, Vietnam dan Korea Selatan

  • Kumpulan A - Uzbekistan, Iran, Qatar, Turkmenistan
  • Kumpulan B - Australia, Jordan, Iraq, Kuwait
  • Kumpulan C - Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Malaysia
  • Kumpulan D - Saudi Arabia, UAE, Jepun, Tajikistan

Kesemua perlawanan melibatkan pasukan Malaysia, anda boleh saksikan secara langsung di Astro Arena 2 802 atau boleh strim di Astro Go.

Jadual & Keputusan Perlawanan Melibatkan Pasukan Malaysia Di AFC U23 Asian Cup 2022 Uzbekistan

*mengikut waktu Malaysia

Korea Selatan (4) - (1)  Malaysia

  • Sang-Min Lee 31'
  • Tae-Hwan Kim 48'
  • Mukhairi bin Ajmal 83'
  • Young-Wook Cho 88'
  • Young-Wook Cho 92'

Tarikh : 2 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Lokomotiv, Tashkent
Tayangan : Astro Arena 2 (802)

----------------------------------------------

Malaysia (0) - (3) Thailand

  • Suphanat 23'
  • Channarong 69'
  • Suphanat 73'

Tarikh : 5 Jun 2022 (Ahad)
Masa : 11.00 Malam
Venue : Stadium Bunyodkor, Tashkent
Tayangan : Astro Arena 2 (802)

----------------------------------------------

Vietnam VS Malaysia

Tarikh : 8 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Lokomotiv, Tashkent
Tayangan : Astro Arena 2 (802)

*akan dikemaskini dari semasa ke semasa

0

No comments

Post a Comment

both, mystorymag

DON'T MISS

Nature, Health, Fitness
© all rights reserved
made with by templateszoo