Senarai Atlet Badminton Dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022

Senarai Atlet Badminton Dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022

Sukan Komenwel 2022 yang juga dikenali dengan Birmingham 2022 merupakan acara sukan edisi ke-25 bagi temasya 4 tahun sekali itu dimana ianya hanya melibatkan atlet dari negara-negara Komanwel sahaja.

Malaysia merupakan antara negara-negara Komanwel akan bersaing dalam Sukan Komanwel kali ini yang bakal berlangsung di Birmingham, England bermula 28 Julai sehingga 8 Ogos 2022. Ia akan menjadi penampilan ke-14 dalam temasya berprestij ini.

Seperti yang diumumkan, kontinjen negara akan diwakili seramai 104 orang atlet bersama-sama 44 pegawai dan 13 kakitangan dengan menjadikan 162 orang kesemua yang terlibat. Kali ini Malaysia mensasarkan untuk membawa pulang enam pingat emas.

Senarai Atlet Badminton Di Sukan Komanwel Birmingham 2022

Daripada jumlah atlet tersebut, seramai 10 orang adalah daripada sukan Badminton yang mana mempunyai 2 acara iaitu Badminton Berkumpulan (Campuran) dan Individu yang bakal membuka tirai bermula 29 Julai sehingga 8 Ogos 2022.

Terdapat 4 kumpulan dalam acara Badminton Berkumpulan (Campuran) dan Malaysia telah diundi di dalam Kumpulan 4 iaitu bersama-sama Afrika Selatan, Jamaica dan Zambia. Kesemuanya akan berlangung di National Exhibition Centre, Birmingham.

Berikut merupakan senarai atlet lelaki dan wanita bagi acara Badminton di Sukan Komanwel Birmingham 2022

Lelaki

  • Ng Tze Yong
  • Aaron Chia
  • So Wooi Yik
  • Chan Peng Soon
  • Tan Kian meng

Wanita

  • Goh Jin Wei
  • Pearly Tan
  • Thinaah Muralitharan
  • Cheah Yee See
  • Lai Pei Jing

Acara berkumpulan campuran bermula 29 Julai hingga 2 Ogos 2022. Kemudian akan diteruskan dengan acara individu iaitu perseorang lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran bermula 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2022.

Malaysia mensasarkan 2 pingat emas daripada acara badminton.

Post a Comment

Previous Post Next Post