FAM Lepaskan Brad Maloney Selepas 8 Tahun Berkhidmat

FAM Lepaskan Brad Maloney Selepas 8 Tahun Berkhidmat

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah melepaskan ketua jurulatih B-23 kebangsaan, Brad Maloney secara persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Seperti yang dikongsikan kenyataan media oleh pihak FAM, persetujuan ini dicapai selepas Maloney, 50, hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tad

Ianya bertujuan bagi membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.

Maloney merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana telah memberi peluang untuk beliau berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014 yang mana ia telah banyak membantu dalam meningkatkan karier kejurulatihannya.

Beliau telah bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan.

Selamat maju jaya kepada Maloney dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini. Jasa dan sumbangan beliau sepanjang lapan tahun bersama FAM ini akan sentiasa dikenang. Terima kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post