Jadual Kejuaraan Silat Dunia 2022

Jadual Kejuaraan Silat Dunia 2022

World Pencak Silat Championships atau Kejuaraan Silat Dunia 2022 kini sudah memasuki edisi ke-19 dimana Malaysia iaitu di Melaka telah dipilih menjadi tuan rumah yang berlangsun bermula 26 hingga hingga 31 Julai 2022.

Edisi kali ini menampilkan lebih 40 buah negara yang mengambil bahagian yang mana Amerika Syarikat dan Mesir menjadi antara pendatang terbaru. Malaysia bersama negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, India dan banyak lagi.

Malaysia menghantar 36 pesilat terdiri daripada putera dan puteri dengan menyertai sebanyak 32 acara dipertandingkan dengan 13 daripadanya dalam silat olahraga bagi kelas berat lelaki dan 11 lagi untuk wanita manakala lapan kategori silat seni kedua-dua jantina.

Malaysia mensasarkan 7 emas dalam Kejuaraan Silat Dunia 2022 kali ini. Selain itu, pastinya atlet Malaysia ingin dapatkan takhta juara dunia bagi pesilat lelaki dan wanita.

Jadual Kejuaraan Silat Dunia 2022 Melaka

Kejohanan Silat Dunia 2022 akan bermula 26 Julai sehingga 31 Julai 2022 berlangsung di Melaka International Trade Center (MITC) dan masuk adalah percuma.

Manakala untuk siaran langsung, anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 atau boleh tonton secara online di Astro Go dan Sooka.my.

Berikut merupakan senarai jadual kejohanan melibatkan acara Tanding dan Seni dengan menyediakan 3 sesi setiap hari.

26 Julai 2022 (Selasa)

27 Julai 2022 (Rabu)

  • S1 - SENI (Peringkat Awal/Suku Akhir)
  • S2 - TANDING (Peringkat Awal)
  • S3 - TANDING (Peringkat Awal)

28 Julai 2022 (Khamis)

  • S1 - SENI (Suku Akhir)
  • S2 - TANDING (Suku Akhir)
  • S3 - SENI (Separuh Akhir)

29 Julai 2022 (Jumaat)

  • S1 - TANDING (Suku Akhir)
  • S2 - TANDING (Suku Akhir)
  • S3 - SENI (Final)

30 Julai 2022 (Sabtu)

  • S1 - TANDING (Separuh Akhir)
  • S2 - TANDING (Separuh Akhir)
  • S3 - TANDING (Separuh Akhir)

31 Julai 2022 (Ahad)

  • S1 - SENI (Final)
  • S2 - TANDING (Final)
  • S3 - Upacara Penutupan
Jadual Kejuaraan Silat Dunia 2022

Post a Comment

Previous Post Next Post