Seperti yang diumumkan pada awal bulan, pada hari Sabtu, 23 Julai 2022 akan diadakan serentak perlawanan Piala FA Malaysia 2022 untuk peringkat Suku Akhir yang melibatkan 8 pasukan terbaik.
Kesemua pasukan tersebut iaitu 7 daripada Liga Super; Terengganu FC, Sabah FC, Selangor FC, Melaka United FC, JDT, Sri Pahang FC dan Penang FC beserta wakil tunggal Liga Premier iaitu Kuching City FC bertanding bagi merebut 4 slot ke peringkat Separuh Akhir.
BACA : Jadual & Keputusan Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2022
Untuk edisi Piala FA Malaysia kali ini, tiada aksi timbal balik iaitu pada peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir. Jadi hanya berlangsung sekali perlawanan sahaja.
Jadual & Keputusan Perlawanan Suku Akhir Piala FA Malaysia 2022
Seperti yang dijadualkan, kesemua match akan berlangsung pada hari Sabtu, 23 Julai 2022. Perlawanan-perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran UnifiTV, unifi playTV, Youtube Unifi dan RTM.
Berikut merupakan senarai jadual dan waktu pertembungan antara pasukan bagi kejohanan Piala FA Malaysia 2022 untuk peringkat Suku Akhir.
23 Julai 2022 (Sabtu)
Sabah FC (0) - (2) Selangor
- Hyuri 1'
- Caion 81'
Masa : 7.30 Malam
Tempat : Stadium Likas, Sabah
Tayangan : Unifi Sport 4
Sri Pahang FC (2) - (5) Penang FC (AET)
- Steven Rodriguez 12'
- Azwan Aripin 30'
- T. Saravanan 45+2'
- Hial El-Helwe 86' 99'
- Lucas Silva 96'
- K. Thivandran 118'
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang
Tayangan : Unifi Sport 5
Terengganu FC (4) - (1) Kuching City FC
- Faiz Nasir 20'
- Amir Amri Salleh 43'
- Tchetche Kipre 73', 79'
- Faisal Halim 87'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak Terengganu
Tayangan : Unifi Sport 3
Melaka United FC (1) - (2) Johor Darul Ta'zim
- Hazwan Bakri 4'
- Sony Norde (P) 84'
- Bergson da Silva 90+3'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Hang Jebat, Melaka
Tayangan : Unifi Sport 1 & 2, TV Okey dan Sukan RTM
Pasukan manakah yang berjaya ke peringkat Separuh Akhir Piala FA 2022? Nantikan...
Keputusan Akhir : Johor Darul Ta'zim, Selangor FC, Terengganu FC dan Penang FC layak ke peringkat Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2022