Senarai Pemain Pra Musim Manchester United Tahun 2022

Senarai Pemain Pra Musim Manchester United Tahun 2022

Manchester United telah menamakan 31 pemain yang akan terlibat dalam Tour 2022 bagi perlawanan pra musim di dua negara terlibat iaitu di Thailand dan Australia bermula 12 hingga 31 Julai 2022.

Pengurus baru, Erik Ten Hag telah memilih sendiri skuad kali ini bagi menghadapi perlawanan pembukaan menentang seteru utama di Premier League, Liverpool pada Selasa ini di Bangkok, Thailand.

Selain daripada pemain-pemain utama musim lalu seperti Bruno Fernandes dan Harry Maguire, pemain-pemain muda akademi juga mendapat tempat seperti Alejandro Garnacho, Zidane Iqbal dan Charlie Savage.

Tidak cukup dengan itu, pemain-pemain yang telah kembali selepas dipinjamkan musim lalu juga disenaraikan seperti Tahith Chong, James Garner dan Ethan Laird. Pemain yang baru dibeli, Tyrell Malacia juga tersenarai.

Walaubagaimanapun, penjaring terbanyak Manchester United pada musim lalu, Cristiano Ronaldo tidak akan berada dalam skuad perlawanan pre-season yang berlepas ke Thailand kerana atas urusan keluarga.

Senarai Pemain Pra Musim Manchester United Tour 2022

Berikut merupakan senarai 31 pemain Red Devils yang berlepas untuk Tour 2022 bagi menghadapi perlawanan persahabatan pra-musim.

Penjaga Gol

  • David De Gea
  • Tom Heaton
  • Nathan Bishop
  • Matej Kovar

Pemain Pertahanan

  • Eric Bailly
  • Diogo Dalot
  • Ethan Laird
  • Victor Lindelof
  • Harry Maguire
  • Tyrell Malacia
  • Luke Shaw
  • Alex Telles
  • Axel Tuanzebe
  • Raphael Varane
  • Aaron Wan-Bissaka

Pemain Tengah

  • Amad
  • Bruno Fernandes
  • Fred
  • James Garner
  • Hannibal
  • Zidane Iqbal
  • Scott McTominay
  • Facundo Pellistri
  • Charlie Savage
  • Donny van de Beek

Penyerang

  • Tahith Chong
  • Anthony Elanga
  • Alejandro Garnacho
  • Anthony Martial
  • Marcus Rashford
  • Jadon Sancho

Senarai Pemain Pra Musim Manchester United Tahun 2022

Post a Comment

Previous Post Next Post