Selepas melakar sejarah mencipta rekod kebangsaan baru dalam acara 100m, Azeem Fahmi meneruskan cabaran di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 Cali dalam acara 200m yang dijadualkan berlangsung 4 dan 5 Ogos 2022.
Bagi acara 100m sebelum ini, Azeem Fahmi telah memadam rekod kebangsaan milik Khairul Hafiz Jantan iaitu 10.18 saat dengan rekod baru yang dicatatkan untuk peringkat saringan iaitu 10.09 saat sahaja.
Dengan itu, beliau berjaya ke peringkat Separuh Akhir dan dalam pusingan tersebut, dia berjaya melangkah ke peringkat Akhir dengan catatan 10.19 saat. Pada peringkat Akhir, Azeem menamatkan cabaran di ditempat ke-5 dengan catatan masa 10.14 saat.
Jadual & Keputusan Acara 200m Di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 Cali
Untuk acara 200m lelaki, pelari akan melalui peringkat saringan awal dan kemudian ke separuh akhir dan hanya 8 pelari sahaja yang akan menempah tiket ke pusingan akhir yang kesemua acara tersebut dimainkan di Stadium Pascual Guerrero Olympic, Cali, Colombia.
Kejohanan ini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 811 atau anda juga boleh strim secara online menerusi Astro Go dan Sooka.my
Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan bagi wakil tunggal Malaysia di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia B20 Cali 2022 mengikut waktu Malaysia
4 Ogos 2022 - Peringkat Saringan (7 Heat)
Azeem Fahmi (200m) - Heat 3 (Lorong ke-8)
- 20.83s (Tempat pertama dan layak ke Separuh Akhir) Q
Hari : Khamis
Masa : 12.25 Pagi
Venue : Stadium Pascual Guerrero Olympic, Cali, Colombia
Tayangan : Astro Supersport 811
Syarat : Hanya 3 pelari sahaja bagi setiap Heat yang akan mara ke peringkat seterusnya bersama dengan 3 pelari yang mencatatkan masa terpantas
4 Ogos 2022 - Peringkat Separuh Akhir
Azeem Fahmi (200m) - Heat 2 (Lorong ke-4)
- 20.97s (Gagal untuk ke peringkat akhir)
Hari : Khamis
Masa : 4.35 Pagi
Venue : Stadium Pascual Guerrero Olympic, Cali, Colombia
Tayangan : Astro Supersport 811
5 Ogos 2022 - Final
-
Hari : Jumaat
Masa : 7.00 Pagi
Venue : Stadium Pascual Guerrero Olympic, Cali, Colombia
Tayangan : Astro Supersport 811
Untuk melihat senarai wakil pelari bagi setiap negeri untuk acara 200m bagi kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 Cali, anda boleh pergi ke laman web worldathletics.org/cali22