Jadual & Keputusan KL City VS PSM Makasar Di Final Zon Asean AFC Cup 2022

Jadual & Keputusan KL City VS PSM Makasar Di Final Zon Asean AFC Cup 2022

Kini sudah sampai ke pusingan akhir bagi Zon Asia Tenggara (Asean) AFC Cup 2022 dimana bakal mempertemukan KL City FC dan PSM Makassar pada 24 Ogos 2022, hari Rabu di Stadium Kuala Lumpur.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan tersebut pernah bertemu dalam H di peringkat kumpulan dengan kedua-duanya berkongsi 1 mata apabila seri tanpa jaringan yang mana perlawanan tersebut juga berlangsung di Stadium Kuala Lumpur.

Kini sekali lagi mereka akan bertemu di peringkat kalah mata dimana pemenang akan meneruskan cabaran ke Inter-Zon Semi Finals bagi saingan AFC Cup 2022.

Jadual & Keputusan Final Zon Asean AFC Cup 2022

Selepas cabaran Kedah Darul Aman FC terhenti di peringkat semi final sebelum ini, kini KL City satu-satunya wakil Malaysia yang masih berjuang untuk piala AFC Cup 2022.

Jadi untuk peminat bola sepak khususnya penyokong KL City, jangan lupa untuk membanjiri Stadium Kuala Lumpur pada Rabu, 24 Ogos ini bagi memberikan sokongan penuh kepada pasukan bola sepak kegemaran anda.

Perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau boleh juga strim di Astro Go. Jika tiada Astro, anda boleh tonton secara online di elevensports.com dengan langganan RM17.50 sebulan.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan Final Zon Asean AFC Cup 2022 mempertemukan KL City FC dan wakil dari Indonesia, PSM Makassar.

24 Ogos 2022 (Rabu)

  • KL City FC (5) - (2) PSM Makassar
    • Romel Morales 33'
    • Jordan Mintah 47'
    • Paulo Josué 52', 84'
    • Yakob Sayuri 58'
    • Akbar Tanjung 63'
    • Hadin Azman 94' (P)

*KL City berjaya mara ke peringkat Semi Final Inter Zone AFC Cup 2022

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Kuala Lumpur
Tayangan : Astro Arena 2 802 & elevensports.com

Untuk dapatkan keputusan perlawanan-perlawanan final dari zon lain, anda boleh rujuk laman web rasmi AFC di www.the-afc.com/afcup2022

Post a Comment

Previous Post Next Post