Jadual & Keputusan Kejohanan BWF Japan Open 2022

Jadual & Keputusan Kejohanan BWF Japan Open 2022

Selepas World Championships, Siri Jelajah Dunia BWf diteruskan lagi tetapi masih di Jepun iaitu kejohanan Daihatsu Yonex Japan Open 2022 yang akan bermula pada 30 Ogos hingga 4 September 2022 yang diadakan di Osaka, Jepun.

Terbuka Jepun 2022 merupakan pertandingan badminton BWF World Tour Super 750 dimana menawarkan mata ranking kepada barisan pemain yang bertanding termasuk hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD750,000 (RM3.35 Juta).

Senarai Pemain Malaysia Dalam Japan Open 2022

Berikut merupakan senarai pemain Malaysia yang akan bertanding dalam kejohanan ini bagi pemain dibawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan juga pemain profesional negara.

Perseorangan Lelaki - Lee Zii Jia [5], Liew Daren

Beregu Lelaki - Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Aaron Chia [6]/Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Goh V Shem/Lim Khim Wah, Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi

Beregu Wanita - Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xing, Tan Pearly/Thinaah Muralitharan

Beregu Campuran - Chen Tang Jie/Peck Yen Wei, Hoo Pang Ron/Toh Ee Wei, Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Chan Peng Soon/Cheah Yee See, Tan Kian Meng [7]/Lai Pei Jing

Kejohanan kali ini tiada wakil negara dalam acara Perseorangan Wanita.

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Terbuka Jepun 2022

Jadi jangan lupa untuk teruskan bagi sokongan kepada semua wakil negara yang mengikuti kejohanan Japan Open 2022 bermula daripada pusingan 32 sehinggalah di peringkat akhir.

Anda boleh saksikan perlawanan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 814 atau menerusi tontonan secara online di astrogo.astro.com.my. Siaran langsung hanya akan bermula pada pusingan 16.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan badminton yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sepanjang kejohanan berlangsung.

30 Ogos 2022 - Selasa (Pusingan 32)

- Perlawanan pembukaan bermula pada jam 9.00 pagi

[XD] Chen Tang Jie/Peck Yen Wei (MAS) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Toh Ee Wei - [21-23, 24-22, 17-21] Malaysia menang & kalah

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (GER) Linda Efler/Isabel Lohau - [21-17, 23-21] Malaysia menang

[MD] Muhammad Shohibul Fikri/Bagas Maulana (INA) vs (MAS) Goh Sze Fei/Nur Izzuddin - [21-17, 18-21, 21-19] Malaysia kalah

[WD] Lee So Hee [3]/Shin Seung Chan (KOR) vs (MAS) Tan Pearly/Thinaah Muralitharan - [21-16, 18-21, 21-19] Malaysia menang

[MD] Marcus Fernaldi Gideon [1]/Kevin Sanjaya Sukamuljo (INA) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee - [23-21, 21-19] Malaysia kalah

[WD] Liu Xuan Xuan/Xia Yu Ting (CHN) vs (MAS) Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xing - [21-9, 21-14] Malaysia kalah

[XD] Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) vs Rehal Naufal Kusharjanto/Lisa Ayu Kusumawati - [20-22, 21-19, 21-12] Malaysia menang

--------------------------------------------------

31 Ogos 2022 - Rabu (Pusingan 32)

Perlawanan pembukaan bermula pada jam 9.00 pagi

[XD] Chan Peng Soon/Cheah Yee See (MAS) vs (MAS) Tan Kian Meng [7]/Lai Pei Jing - [10-21, 14-21] Malaysia menang & kalah

[MS] Kidambi Srikanth (IND) vs (MAS) Lee Zii Jia [5] - [22-20, 23-21] Malaysia kalah

[MD] Goh V Shem/Lim Khim Wah (MAS) vs (THA) Supak Jomkoh/Kittinupong Kedren - [19-21, 21-15] Malaysia kalah

[MS] Kodai Naraoka (JPN) vs (MAS) Liew Daren - [21-17, 18-21, 21-6] Malaysia kalah

[MD] Ruben Jille/Ties Van Der Lecq (NED) vs (MAS) Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi - [17-21, 9-21] Malaysia menang

--------------------------------------------------

1 September 2022 - Khamis (Pusingan 16)

Perlawanan pembukaan bermula pada jam 9.00 pagi

[WD] Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-16, 21-14] Malaysia kalah

[XD] Robin Tabeling/Selena Piek (NED) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Toh Ee Wei - [30-29, 18-21, 11 21] Malaysia menang

[XD] Yang Po-Hsuan/Hu Ling Fang (TPE) vs (MAS) Tan Kian Meng [7]/Lai Pei Jing - [21-14, 11-21, 15-21] Malaysia menang

[WD] *Tan Pearly/M Thinaah (MAS) vs (KOR) Baek Ha Na/Lee Yu Lim - [21-13, 19-21, 11-16] Malaysia retired

[XD] Yuta Watanabe [3]/Arisha Higashino (JPN) vs (MAS) Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie - [21-13, 21-8] Malaysia kalah

[MD] Christo Popov/Toma Junior Toma Popov (FRA) vs (MAS) Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi - [13-21, 13-21] Malaysia menang

--------------------------------------------------

2 September 2022 - Jumaat (Suku Akhir)

Perlawanan pembukaan bermula pada jam 9.00 pagi

[XD] Tan Kian Meng [7]/Lai Pei Jing (MAS) vs (CHN) Wang Yi Lyu [4]/Huang Dong Ping - [16-21, 15-21] Malaysia kalah

[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (KOR) Choi Sol Gyu/Kim Won Ho - [21-17, 17-21, 13-21] Malaysia kalah

[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Toh Ee Wei - [21-10, 21-13] Malaysia kalah

--------------------------------------------------

3 September 2022 - Sabtu (Separuh Akhir)

[Tiada wakil Malaysia dalam peringkat Separuh Akhir]

--------------------------------------------------

4 September 2022 - Ahad (Final)

Perlawanan bermula pada jam 10.30 pagi mengikut urutan

[WD] Baek Ha Na/Lee Yu Lim (KOR) vs (KOR) Jeong Na Eun/Kim Hye Jeong - [21-23, 26-28] Korea menang

[XD] Yuta Watanabe [3]/Arisa Higashino (JPN) vs (THA) Puavaranukroh [2]/Taerattanachai - [21-16, 21-23, 18-21] Thailand menang

[MD] Kim Astrup [7]/Anders Rasmussen (DEN) vs (CHN) Liang Wei Keng/Wang Chang - [18-21, 21-13, 17-21] China menang

[MS] Chou Tien Chen [4] (TPE) vs (JPN) Kenta Nishimoto - [19-21, 23-21, 17-21] Jepun menang

[WS] Akane Yamguchi [1] (JPN) vs (KOR) An Se Young [3] - [21-9, 21-15] Jepun menang

--------------------------------------------------

Sekiranya anda ingin ketahui jadual dan lain-lain keputusan yang berlaku dalam Japan Open 2022, anda boleh rujuk laman web BWF di bwfbadminton.com

Post a Comment

Previous Post Next Post