Sukan Komanwel 2022 telah membuka tirai dengan upacara pembukaan pada 28 Julai 2022 dan akan berlangsung sehingga 8 Ogos 2022 dimana Birmingham, England telah menjadi tuan rumah bagi edisi kali ini.
Birmingham 2022 telah menyaksikan lebih 6,500 atlet daripada 72 buah negara komanwel bertanding dalam 20 jenis sukan dengan 280 disiplin dan acara termasuk sukan para. Malaysia juga antara negara yang mengambil bahagian untuk temasya 4 tahun sekali tersebut.
Pastinya keinginan bagi setiap atlet adalah ingin membawa pulang pingat sama ada emas, perak atau gangsa. Tapi sudah alang-alang berada di peringkat tinggi, kilauan emas itu pastinya menjadi buruan utama para atlet.
Malaysia kali ini telah mensasarkan 6 pingat emas secara keseluruhan iaitu daripada sukan akuatik terjun angkat berat, badminton, gimrama, boling padang dan powerlifting. Adakah atlet negara berjaya merialisasikan sasaran ini?
Senarai Pemenang Pingat Bagi Pasukan Malaysia Di Sukan Komanwel 2022
Berikut merupakan jumlah kutipan pingat iaitu emas, perak dan gangsa beserta senarai pemenang bagi setiap pingat yang diperolehi.
EMAS (7)
PERAK (8)
GANGSA (8)
Senarai Pemenang
PINGAT EMAS 🥇
Angkat Berat
- 55 kg Lelaki - Mohamad Aniq Kasdan (30 Julai 2022)
- 61 kg Lelaki - Muhamad Aznil Bidin (30 Julai 2022
Badminton
- Berpasukan Campuran - Ng Tze Yong, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Chan Peng Soon, Tan Kian Meng, Goh Jin Wei, Pearly Tan, Thinaah Muralitharan, Cheah Yee See, Lai Pei Jing (2 Ogos 2022)
- Beregu Wanita - Pearly Tan/M. Thinaah
Powerlifting Para
- Lightweight Lelaki - Bonnie Bunyau Gustin (2 Ogos 2022)
Gimnastik
- Aparatus Bola - Ng Joe Ee (6 Ogos 2022)
- Aparatus Riben - Ng Joe Ee (6 Ogos 2022) - Sasaran 6 emas dicapai
PINGAT PERAK 🥈
Angkat Berat
- 73 kg Lelaki - Erry Hidayat (31 Julai 2022)
Ping Pong
- Pasukan Wanita - Tee Ai Xin, Karen Lyne, Alice Chang, Ho Ying (1 Ogos 2022)
- Beregu Campuran - Chong Javen/Karen Lyne Dick (8 Ogos 2022)
Terjun
- Papan Anjal 3m Berirama Lelaki - Muhammad Syafiq, Puteh, Gabriel Daim (5 Ogos 2022)
- Papan Anjal 3m Berirama Wanita - Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri (6 Ogos 2022)
- Papan Anjal 3m Wanita - Nur Dhabitah Sabri (8 Ogos 2022)
Boling Padang
- Bertiga Wanita - Azlina Arshad, Syafiqa Rahman, Nur Tarmizi (5 Ogos 2022)
Badminton
- Perseorangan Lelaki - Ng Tze Yong
PINGAT GANGSA 🥉
Lumba Basikal
- Keirin Lelaki - Muhammad Shah Firdaus Sahrom (30 Julai 2022)
Boling Padang
- Perseorangan Wanita - Siti Zalina Ahmad (1 Ogos 2022)
Judo
- 73 kg Lelaki - Amir Daniel Abdul Majeed (2 Ogos 2022)
Gimnastik
- Klub - Izzah Amzan (6 Ogos 2022)
Badminton
- Beregu Campuran - Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (8 Ogos 2022)
- Beregu Lelaki - Aaron Chia/Soh Wooi Yik (8 Ogos 2022)
Terjun
- Papan Anjal 3m Seirama Campuran - Dhabitah Sabri & Syafiq Puteh
Skuash
- Beregu Wanita - Aifa Azman/Rachel Arnold