Undian bagi kejohanan UEFA Champions 2022-2023 untuk peringkat kumpulan telah berlangsung di Istanbul pada hari Khamis, jam 12.00 tengah malam untuk waktu Malaysia.
Dengan pasukan seperti Real Madrid, Liverpool, Bayern Munich, PSG, Barcelona dan Manchester City terdapat beberapa lagi kumpulan yang sepertinya dinanti-nantikan terutamanya oleh peminat bola sepak.
Seperti yang diumumkan, bagi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim 2022-2023 (UCL) akan berlangsung daripada 6 September hingga 2 November 2022 dengan melibatkan 6 perlawanan bagi setiap kumpulan.
Juara dan naib juara kumpulan akan terus ke pusingan 16 terbaik, manakala pasukan ditangga ketiga setiap kumpulan akan turun ke Europa League dimana mereka akan bertemu naib juara di kejohanan tersebut di perlawanan play-off.
Undian Peringkat Kumpulan UEFA Champions League 2022-2023
Terdapat 8 kumpulan yang terdiri daripada 16 pasukan bola sepak yang akan mengambil bahagian dalam Champions League untuk musim 2022-2023.
Seperti kali ini kita akan dapat saksikan bekas pemain akan bertemu dengan pasukan lamanya. Haaland kini bersama Manchester City akan bertemu pasukan lamanya Borussia Dortmund dalam Kumpulan G.
Selain itu, Robert Lewandowski juga akan berdepan dengan pasukannya sebelum ini Bayern Munich dalam Kumpulan C
Kumpulan A : Ajax, Liverpool, Napoli, Rangers
Kumpulan B : FC Porto, Atletico Madrid, Bayer Leverkusen, Club Brugge
Kumpulan C : Bayern Munich, Barcelona, Inter Milan, Viktoria Plzen
Kumpulan D : Eintracht Frankfurt, Tottenham Hotspur, Sporting, Marseille
Kumpulan E : AC Milan, Chelsea, Red Bull Salzburg, Dinamo Zagreb
Kumpulan F : Real Madrid, RB Leipzig, Shakhtar Donetsk, Celtic
Kumpulan G : Manchester City, Sevilla, Borussia Dortmund, FC Copenhagen
Kumpulan H : Paris Saint-Germain, Juventus, Benfica, Maccabi Haifa
Jadual Perlawanan UEFA Champions League 2022-2023
Peringkat Kumpulan
Peringkat Kumpulan
- Perlawanan 1 : 6-7 September 2022
- Perlawanan 2 : 13-14 September 2022
- Perlawanan 3 : 4-5 Oktober 2022
- Perlawanan 4 : 11-12 Oktober 2022
- Perlawanan 5 : 25-26 Oktober 2022
- Perlawanan 6 : 1-2 November 2022
Peringkat Kalah Mati
- Pusingan 16 : 14, 15, 21, 22 Februari 2023 & 7, 8, 14, 15 Mac 2023
- Suku Akhir : 11, 12 & 18,19 April 2023
- Separuh Akhir : 9, 10 & 16, 17 Mei 2022
- Final : 10 Jun 2023