Undian bagi kejohanan UEFA Europa League 2022-2023 untuk peringkat kumpulan telah berlangsung di Istanbul pada hari Jumaat, jam 7.00 malam untuk waktu Malaysia.
Dengan pasukan seperti Arsenal, Manchester United, Monaco, Roma dan Real Betis terdapat beberapa lagi kumpulan yang sepertinya dinanti-nantikan terutamanya oleh peminat bola sepak.
Seperti yang diumumkan, bagi peringkat kumpulan Europa League 2022 akan berlangsung daripada 8 September hingga 3 November 2022 dengan melibatkan 6 perlawanan bagi setiap kumpulan.
Juara kumpulan akan terus ke pusingan 16 terbaik, manakala naib juara setiap kumpulan akan melalui perlawanan play-off bersama-sama pasukan yang menduduki tempat ketiga dalam kejohanan UEFA Champions League.
Manakala bagi pasukan tempat ketiga (UEL) akan bergerak ke kejohanan UEFA Europa Conference Laague dimana mereka akan bertemu naib juara bagi kejohanan tersebut dalam perlawanan play-off
Undian Peringkat Kumpulan UEFA Europa League 2022-2023
Terdapat 8 kumpulan yang terdiri daripada 16 pasukan bola sepak yang akan mengambil bahagian dalam Europa League untuk musim 2022-2023
Kumpulan A: Arsenal, PSV Eindhoven, Bodo/Glimt, Zurich
Kumpulan B: Dynamo Kyiv, Rennes, Fenerbahce, Larnaca
Kumpulan C: Roma, Ludogorets, Real Betis, Helsinki
Kumpulan D: Braga, Malmo, Union Berlin, Union Saint-Gilloise
Kumpulan E: Manchester United, Real Sociedad, Sheriff Tiraspol, Omonoia
Kumpulan F: Lazio, Feyenoord, Midtjylland, Sturm Graz
Kumpulan G: Olympiacos, Qarabag, Freiburg, Nantes
Kumpulan H: Crvena zvezda, Monaco, Ferencvaros, Trabzonspor
Jadual Perlawanan UEFA Europa League 2022-2023
Peringkat Kumpulan
- Perlawanan 1 : 8 September 2022
- Perlawanan 2 : 15 September 2022
- Perlawanan 3 : 6 Oktober 2022
- Perlawanan 4 : 13 Oktober 2022
- Perlawanan 5 : 27 Oktober 2022
- Perlawanan 6 : 3 November 2022
Peringkat Kalah Mati
- Play-Off : 16 & 23 Februari 2023
- Pusingan 16 : 9 & 16 Mac 2023
- Suku Akhir : 13 & 20 April 2023
- Separuh Akhir : 11 & 18 Mei 2023
- Final : 31 Mei 2023