Sukan Berbasikal Trek di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi ke-20 kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 19 September hingga 22 September 2022 bertempat di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
Untuk acara Berbasikal Trek, pertandingan terdapat 2 kategori utama iaitu bagi kategori Lelaki dan Wanita. Secara keseluruhannya, acara Berbasikal menawarkan 15 pingat emas. Manakala untuk Berbasikal Trek sahaja sebanyak 8 pingat emas dipertaruhkan.
SUKMA XX MSN 2022
Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan tahunan dan kali ini diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.
Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran iaitu oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.
Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.
Kesemua venue acara yang berlangsung sepanjang temasya SUKMA 2022 kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang mana-mana tempat dengan penglibatan sukan yang anda gemari untuk terus berikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding. Ingat masuk percuma!
Jadual Penuh Acara Berbasikal Trek SUKMA 2022
Dengan tawaran 8 pingat emas tersebut, bermakna ada 8 acara dipertandingkan untuk kategori lelaki dan wanita iaitu Sprint, Kilometer Ujian Masa, Individual Pursuit, Keirin, Scratch Race, Omnium, Team Sprint dan Team Pursuit.
Kesemua acara akan bermula pada peringkat kelayakan dan diakhir di pusingan akhir bagi memenangi pingat. Ada acara yang dipertandingkan dalam sehari sahaja. Berikut merupakan hari penyampaian pingat untuk setiap acara:
- 19 September 2022 : Penyampaian Pingat Team Pursuit (L/W), Spirnt (L/W)
- 20 September 2022 : Penyampaian Pingat Team Sprint (L), 500M (W), Omnium (W), 4KM Individual Pursuit (L)
- 21 September 2022 : Penyampaian Pingat Team Sprint (W), Kilometer (L), Omnium (L), 3KM Individual Pursuit (W)
- 22 September 2022 : Penyampaian Pingat Scratch Rave (L/W), Keirin (L/W)
Anda boleh rujuk jadual penuh bagi acara Berbasikal Trek SUKMA 2022 seperti dibawah
Anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di pautan sukma2022.nsc.gov.my untuk dapatkan info penuh berkaitan jadual dan keputusan pertandingan bagi setiap sukan yang dipertandingkan serta kedudukan pingat yang diperoleh bagi setiap negeri yang mengambil bahagian.