Acara E-Sports di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi ke-20 kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 17 September hingga 19 September 2022 bertempat di E-Sport Business Network, Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Untuk acara E-Sports, pertandingan ini hanya mempunyai satu kategori sahaja iaitu Kategori Terbuka dan tiada khusus lelaki atau wanita. Ianya menawarkan secara keseluruhan sebanyak 5 emas untuk 5 acara dengan 3 jenis permainan video.
Senarai Permainan Video Yang Dipertandingkan
Untuk edisi kali ini, walaupun terdapat 5 acara tetapi hanya 3 jenis permainan video sahaja yang dipertandingkan dengan melibatkan 3 jenis peranti iaitu:
- Mobile Legend (Phone)
- Dota 2 (PC)
- Pro Evolution Soccer, PES 2021 (PS4)
SUKMA XX MSN 2022
Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan tahunan dan kali ini diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.
Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran iaitu oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.
Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.
Kesemua venue acara yang berlangsung sepanjang temasya SUKMA 2022 kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang mana-mana tempat dengan penglibatan sukan yang anda gemari untuk terus berikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding. Ingat masuk percuma!
Jadual Penuh Acara E-Sports SUKMA 2022
Selama 3 hari pertandingan ini diadakah, akan ada 5 acara yang dipertandingkan iaitu Mobile Legend melibatkan 5 pemain, Dota 2 juga melibatkan 5 pemain, PES Single, PES Double dan PES TEAM.
Pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara liga 2 pusingan dalam kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Pemenang 4 teratas bagi setiap kumpulan akan memasuki peringkat kalah mati (Double Elimination) sehinggalah ke pusingan Akhir.
- 17 - 18 September 2022 : Pusingan Awal
- 19 September 2022 : Peringkat Kalah Mati & Pusingan Akhir
Anda boleh rujuk jadual penuh bagi acara E-Sports SUKMA 2022 seperti dibawah
Anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di pautan sukma2022.nsc.gov.my untuk dapatkan info penuh berkaitan jadual dan keputusan pertandingan bagi setiap sukan yang dipertandingkan serta kedudukan pingat yang diperoleh bagi setiap negeri yang mengambil bahagian.