Acara sukan Hoki di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKM) bagi edisi ke-20 kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 15 September hingga 23 September 2022 bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Untuk acara Hoki terdapat 14 penyertaan bagi kategori lelaki dan 12 penyertaan bagi kategori wanita. Manakala 2 pingat emas bakal ditawarkan untuk acara ini iaitu kategori lelaki dan kategori wanita.
SUKMA XX MSN 2022
Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan tahunan dan kali ini diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.
Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran iaitu oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.
Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.
Undian Peringkat Kumpulan Acara Sukan Hoki SUKMA 2022
Terdapat 2 kumpulan bagi kategori lelaki dan 2 kumpulan juga bagi kategori wanita iaitu:
LELAKI
Kumpulan A - Sabah, Perak, Perlis, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Kedah, Melaka
Kumpulan B - Pahang, Johor, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak
WANITA
Kumpulan X - Selangor, Terengganu, Johor, Pahang, Sarawak, Kedah
Kumpulan Y - Sabah, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Pulau Pinang
Jadual Penuh Acara Sukan Hoki SUKMA 2022
Sukan Hoki akan berlangsung selama 9 hari bagi kedua-dua kategori iaitu bermula pada pusingan awal untuk peringkat kumpulan.
Juara dan Naib Juara bagi setiap kumpulan untuk kedua-dua kategori akan ke peringkat Separuh Akhir dan yang menang seterusnya akan merebut pingat emas di final.
⏩ Tonton SUKMA 2022 - Link 1 | Link 2
- Pusingan Awal : 15 - 21 September 2022
- Separuh Akhir : 22 September 2022 (Khamis)
- Penentuan Pingat Gangsa : 23 September 2022 (Jumaat)
- Final/Penentuan Pingat Emas & Perak : 23 September (Jumaat)
- Waktu Perlawanan : Bermula 8.00 Pagi hingga 9.00 Malam
Anda boleh rujuk jadual penuh sukan Hoki SUKMA 2022 seperti dibawah
Anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di pautan sukma2022.nsc.gov.my untuk dapatkan info penuh berkaitan jadual dan keputusan pertandingan bagi setiap sukan yang dipertandingkan serta kedudukan pingat yang diperoleh bagi setiap negeri yang mengambil bahagian.