Acara sukan Ragbi di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi ke-20 kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 19 September hingga 22 September 2022 bertempat di Padang Ragbi, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam.
Untuk acara Ragbi, pertandingan ini akan menawarkan secara keseluruhan adalah 2 pingat iaitu 1 daripada kategori lelaki dan 1 daripada kategori wanita.
SUKMA XX MSN 2022
Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan tahunan dan kali ini diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.
Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran iaitu oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.
Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.
Kesemua venue acara yang berlangsung sepanjang temasya SUKMA 2022 kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang mana-mana tempat dengan penglibatan sukan yang anda gemari untuk terus berikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding. Ingat masuk percuma!
Jadual Penuh Acara Sukan Ragbi SUKMA 2022
Dalam tempoh 4 hari ini, hanya terdapat 2 acara yang dipertandingkan iaitu 1 kategori lelaki dan 1 kategori wanita dan kedua-duanya adalah 7-sebelah.
⏩ Tonton SUKMA 2022 - Link 1 | Link 2
- Pusingan Awal (Berkumpulan) : 19-20 September 2022
- Pingat/Plate/Bowl : 21-22 September 2022
Anda boleh rujuk jadual penuh sukan Hoki SUKMA 2022 seperti dibawah
Anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di pautan sukma2022.nsc.gov.my untuk dapatkan info penuh berkaitan jadual dan keputusan pertandingan bagi setiap sukan yang dipertandingkan serta kedudukan pingat yang diperoleh bagi setiap negeri yang mengambil bahagian.