Acara sukan Sepaktakraw di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi ke-20 kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 14 September hingga 22 September 2022 bertempat di Dewan Seri Sarjana, UNITEN.
Untuk acara Sepaktakraw akan menawarkan secara keseluruhan adalah 5 pingat emas iaitu 3 daripada kategori lelaki dan 2 daripada kategori wanita.
SUKMA XX MSN 2022
Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan tahunan dan kali ini diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.
Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran iaitu oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.
Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.
Kesemua venue acara yang berlangsung sepanjang temasya SUKMA 2022 kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang mana-mana tempat dengan penglibatan sukan yang anda gemari untuk terus berikan sokongan kepada atlet-atlet yang pertanding. Ingat masuk percuma!
Jadual Penuh Acara Sukan Sepaktakraw SUKMA 2022
Dalam tempoh 9 hari ini, terdapat 3 acara yang dipertandingkan untuk kategori lelaki iaitu Regu 3 Pemain (Trio), Regu 2 Pemain (Double) dan Berpasukan Regu 3 Pemain (Trio).
Manakala untuk kategori wanita hanya ada 2 sahaja iaitu Regu 3 Pemain (Trio) dan Regu 2 Pemain (Double).
⏩ Tonton SUKMA 2022 - Link 1 | Link 2
- Berpasukan Lelaki : 14-17 September 2022
- Beregu Wanita & Lelaki : 18-20 September 2022
- Regu Wanita & Lelaki : 20-22 September 2022
Anda boleh rujuk jadual penuh sukan Hoki SUKMA 2022 seperti dibawah
Anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di pautan sukma2022.nsc.gov.my untuk dapatkan info penuh berkaitan jadual dan keputusan pertandingan bagi setiap sukan yang dipertandingkan serta kedudukan pingat yang diperoleh bagi setiap negeri yang mengambil bahagian.