Sukan Badminton di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi ke-20 kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 20 September hingga 24 September 2022 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Edisi kali ini tiada acara Berkumpulan sebaliknya hanya fokus kepada acara individu dimana secara keseluruhan menawarkan 5 pingat emas yang bakal direbut bagi setiap pasukan yang menyertainya.
Persaingan pastinya sengit untuk SUKMA 2022 kali ini kerana atlet atau pemain badminton bertaraf dunia juga akan menyertai acara ini antaranya ialah Ng Tze Yong yang merupakan pemenang pingat perak Komanwel 2022 dan Goh Sze Fei juara remaja dunia.
SUKMA XX MSN 2022
Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan tahunan dan kali ini diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.
Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran iaitu oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.
Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.
Kesemua venue acara yang berlangsung sepanjang temasya SUKMA 2022 kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang mana-mana tempat dengan penglibatan sukan yang anda gemari untuk terus berikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding. Ingat masuk percuma!
Jadual Penuh Acara Badminton SUKMA 2022
Acara badminton akan berlangsung selama 5 hari dimana akan bermula pada pusingan awal dengan melibatkan 32 pemain terbaik. Diikuti pusingan 16, Suku Akhir, Separuh Akhir dan pusingan Akhir.
Antara acara yang dipertandingkan adalah Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran.
20 September 2022 (Pusingan Awal)
21 September 2022 (Pusingan 16)
22 September 2022 (Suku Akhir)
23 September 2022 (Separuh Akhir)
⏩ Live Streaming - Link 1 | Link 2
[Perseorangan Lelaki, MS]
Ng Tze Yong [1] (JHR) vs (SEL) Aidil Sholeh - [21-14, 21-15]
Kok Jing Hong (KED) vs (WIL) Leong Jun Hao [2] - [21-16, 12-21,12-21]
[Perseorangan Wanita, WS]
Amanda Yap Hwa Leng (WIL) vs (SEL) Siti Nurshuhaini [3] - [21-15, 11-21, 13-21]
Tan Zhing Yi [4] (PEN) vs (SEL) A. K Letshanaa - [20-22, 17-21]
[Beregeu Lelaki, MD]
Nuraidil Adha/Nurfirdaus (SEL) vs (MEL) Tan King Xian [3]/Tee Kai Wun - [16-21, 14-21]
Chia Jeng Hon/Choi Jian Sheng (PAH) vs (JHR)Lwi Sheng Hao/Yap Roy King - [16-21, 15-21]
[Beregu Wanita, WD]
R Kasturi [1]/R Venosha (SEL) vs (KED) Cheng Su Hui [4]/Cheng Su Yin - [16-21, 17-21]
Tan Wen Xin/Wong Kha Yan (WIL) vs (MEL) Toh Ee Wei/Yap Ling - [9-21, 17-21]
[Beregu Campuran, XD]
Tee Kai Wun [1]/Toh Ee Wei (MEL) vs (SRW) Owen Ting Shih Wee/Wong Ling Ching - [13-21, 7-21]
Haikal Nazri/Chan Wen Tse (KEL) vs (MEL)Tan Kok Xian/Yap Ling - [21-17, 21-15]
24 September 2022 (Final)
⏩ Live Streaming - Link 1 | Link 2
[XD] Tee Kai Wun [1]/Toh Ee Wei (MEL) vs (KEL) Haikal Nazri/Chan Wen Tse - [21-16, 21-13]
[WS] Siti Nurshuhaini [3] (SEL) vs (SEL) K. Letshanaa - [21-19, 21-9]
[MS] Ng Tze Yong [1] (JHR) vs (WIL) Leong Jun Hao [2] - [18-21, 21-19, 21-12]
[WD] Cheng Su Hui [4]/Cheng Su Yin (KED) vs (MEL) Toh Ee Wei/Yap Ling - [12-21, 27-25, 16-21]
[MD] Tan Kok Xian [3]/Tee Kai Wun (MEL) vs (JHR) Lwi Sheng Hao/Yap Roy King - [21-16, 21-17]
PODIUM
[Beregu Campuran, XD]
- Emas - Tee Kai Wun [1]/Toh Ee Wei (MEL)
- Perak - Haikal Nazri/Chan Wen Tse (KEL)
- Gangsa - Owen Ting Shih Wee/Wong Lin Ching
[Perseorangan Wanita, WS]
- Emas - Siti Nurshuhaini [3] (SEL)
- Perak - K. Letshanaa (SEL)
- Gangsa - Tan Zhing Yi [4] (PEN)
[Perseorangan Lelaki, MS]
- Emas - Ng Tze Yong [1] (JHR)
- Perak - Leong Jun Hao [2] (WIL)
- Gangsa - Aidil Sholeh (SEL)
[Beregu Wanita]
- Emas - Toh Ee Wei/Yap Ling (MEL)
- Perak - Cheng Su Hui [4]/Cheng Su Yin (KED)
- Gangsa - Tan Wen Xin/Wong Kha Yan (WIL)
[Beregu Lelaki]
- Emas - Tan Kok Xian [3]/Tee Kai Wun (MEL)
- Perak - Lwi Sheng Hao/Yap Roy King (JHR)
- Gangsa - Nuraidil Adha/Nurfirdaus (SEL)
Anda boleh rujuk jadual penuh bagi acara Badminton SUKMA 2022 seperti dibawah
Anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di pautan sukma2022.nsc.gov.my untuk dapatkan info penuh berkaitan jadual dan keputusan pertandingan bagi setiap sukan yang dipertandingkan serta kedudukan pingat yang diperoleh bagi setiap negeri yang mengambil bahagian.