Jadual & Keputusan Acara Sukan Bola Sepak SUKMA 2022

Jadual & Keputusan Acara Sukan Bola Sepak SUKMA 2022

Acara Bola Sepak di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi ke-20 kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 12 September sehingga 23 September 2022 dengan 4 venue yang akan digunakan sepanjang kejohanan.

Bola Sepak pastinya menjadi 'ibu segala pingat' dalam apa jual temasya termasuklah di SUKMA XX MSN 2022 kali ini. Edisi kali ini hanya mempertaruhkan 1 acara lelaki sahaja tanpa sebarang penyertaan daripada pasukan wanita.

SUKMA XX MSN 2022

Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan yang diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.

Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.

Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.

Undian Pringkat Kumpulan Acara Sukan Bola Sepak SUKMA 2022

Kumpulan A - Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan

Kumpulan B - Pahang, Johor, Sarawak, Melaka

Kumpulan C - Sabah, Terengganu, Kelantan

Kumpulan D - Perlis, Kedah, Pulau Pinang

Jadual & Keputusan Acara Sukan Bola Sepak SUKMA 2022

Acara sukan Bola Sepak sepertinya dijadualkan berlangsung lebih awal sebelum tarikh rasmi pembukaan SUKMA 2022 dan ianya berlangsung selama 9 hari bermula pada peringkat kumpulan sehingga peringkat akhir.

Tonton SUKMA 2022 - Link 1 | Link 2

Antara venue yang digunakan sepanjang temasya adalah Stadium UM Arena, Stadium UiTM, Stadium UKM, Stadium UNITEN dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

*Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

12 September 2022 (Isnin) - Peringkat Kumpulan

  • [4.15PM] Perak (0) - (2) Selangor
  • [4.15PM] Wilayah Persekutuan (1) - (0) Negeri Sembilan
  • [4.15PM] Sarawak (2) - (1) Melaka
  • [8.15PM] Pahang (1) - (1) Johor

13 September 2022 (Selasa) - Peringkat Kumpulan

  • [4.15PM] Perlis (0) - (0) Kedah
  • [4.15PM] Terengganu (2) - (2) Sabah

14 September 2022 (Rabu) - Peringkat Kumpulan

  • [4.15PM] Pahang (1) - (0) Sarawak
  • [4.15PM] Wilayah Persekutuan (1) - (0) Perak
  • [4.15PM] Selangor (1) - (0) Negeri Sembilan
  • [8.15PM] Melaka (0) - (3) Johor

15 September 2022 (Khamis) - Peringkat Kumpulan

  • [4.15PM] Terengganu (2) - (0) Kelantan
  • [4.15PM] Perlis (0) - (1) Pulau Pinang

16 September 2022 (Jumaat) - Peringkat Kumpulan

  • [4.15PM] Selangor (1) - (1) Wilayah Persekutuan
  • [4.15PM] Perak (1) - (2) Negeri Sembilan
  • [4.15PM] Johor (2) - (0) Sarawak
  • [8.15PM] Pahang (2) - (2) Melaka

17 September 2022 (Sabtu) - Peringkat Kumpulan

  • [4.15PM] Sabah (0) - (3) Kelantan
  • [4.15PM] Kedah (0) - (2) Pulau Pinang

19 September 2022 (Isnin) - Suku Akhir

  • Pulau Pinang (2) - (2) Kelantan [P-Shoot:5-4]
  • Terengganu (3) - (0) Perlis
  • Selangor (0)* - (0) Pahang [P-Shoot:7-6]
  • Wilayah Persekutuan* (1) - (1) Johor [P-Shoot:5-4]

21 September 2022 (Rabu) - Separuh Akhir

  • Terengganu (2) - (1) Selangor
  • Pulau Pinang (1) - (0) Wilayah Persekutuan 

23 September 2022 (Jumaat) - Akhir

Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

  • Penentuan Pingat Gangsa
    • Selangor (3) - (1) Wilayah Persekutuan
  • Penentuan Pingat Emas & Perak
    • Terengganu (2) - (0) Pulau Pinang

PODIUM

  • Emas : Terengganu
  • Perak : Pulau Pinang
  • Gangsa : Selangor

Anda boleh rujuk laman web rasmi SUKMA 2022 di pautan sukma2022.nsc.gov.my untuk dapatkan info penuh berkaitan jadual dan keputusan pertandingan bagi setiap sukan yang dipertandingkan serta kedudukan pingat yang diperoleh bagi setiap negeri yang mengambil bahagian.

Post a Comment

Previous Post Next Post