Perhintungan kini sudah sampai ke pusingan akhir apabila JDT dan Terengganu akan bertemu dalam Final FA Malaysia 2022 yang dijadualkan akan berlangsung pada 10 September 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sebelum ini, finalist telah mengalahkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir dimana Johor Darul Ta'zim membenam Penang FC dengan jaringan 6 berbalas 1. Manakala Terengganu FC berjaya mengalahkan Selangor FC menerusi sepakan penalti selepas terikat satu sama sepanjang perlawanan.
Jadi kini kedua-dua pasukan tersebut akan menguji sekali lagi kekuatan yang mana kali ini mereka bertemu di Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 2022.
Jadual Dan Keputusan Final Piala FA Malaysia 2022
Untuk penyokong JDT dan Terengganu, anda boleh dapatkan tiket masuk ke stadium dengan harga bermula RM50 untuk Genereal Admission sehingga RM200 untuk VIP Grandstand secara online di www.tickethotline.com.my
Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium, jangan risau anda boleh saksikan perlawanan secara langsung menerusi Unifi TV 701, unifi playTv atau di Youtube Unifi secara percuma.
Selain itu, perlawanan ini juga akan disiarkan menerusi saluran RTM di siaran TV Okey di Astro 146 dan Myfreeview 110 serta Sukan RTM. Selain itu, boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my. Turut disiarkan di saluran TV9 dan juga boleh tonton secara online di www.tonton.com.my
Berikut merupakan jadual perlawanan bagi Final Piala FA Malaysia 2022 melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim bertemu Terengganu FC.
10 September 2022 (Sabtu)
Johor Datul Ta'zim (3) - (1) Terengganu FC
Arif Aiman 34'
Tchetche Kipre 75'