Jangan lupa saksikan aksi skuad bola sepak kebangsaan bawah-19 dalam saingan Kelayakan Piala Asia B20 AFC 2023 bermula 14 hingga 18 September 2022 yang berlangsung di Ulaanbaatar Mongolia.
Pemain-pemain muda negara akan beraksi dalam saingan kelayakan dalam kumpulan E bersama-sama pasukan tuan rumah Mongolia, Sri Lanka dan Korea Selatan.
Secara keseluruhan terdapat 43 pasukan bola sepak Asia akan bersaing merebut slot ke Piala Asia 2023. Hanya 10 juara daripada 10 kumpulan bersama 5 naib juara terbaik yang akan melangkah ke akan mara ke kejohanan tertinggi Asia tersebut
Senarai Pemain Malaysia Dalam Saingan Kelayakan Piala Asia B20 AFC 2023
Pengendali atau ketua jurulatih skuad B19 kebangsaan, Hassan Sazali Mohd Waras telah memilih 23 pemain yang akan beraksi di saingan kelayakan kali ini.
Mereka ialah : Syahmi Adib (PG), Zulhilmi Sharani (PG), Aizat Aiman (PG), Aysar Hadi, Marwan Rahman, Adam Farhan, Ziad El Basheer, Najmudin Akmal, Ubaidullah Shamsul, Rozaini Bakar, Oswyn Lim, Danish Irfan, Azannis Adzri, Alif Farhan, Izrin Ibrahim, Haiqal Haqeemi, Aliff Izwan, Faiz Amer, Daniel Edzuan, Nazrin Nasir, Muhammad Abu Khalil, Rohisham Haiqal, Haykal Danish.
Jadual & Keputusan Saingan Kelayakan Piala Asia AFC B20 AFC 2023 Uzbekistan
Piala Asia B20 2023 akan berlangsung di Uzbekistan pada tahun hadapan. Jadi setiap pemain haruslah memberikan yang terbaik supaya Malaysia berjaya mara ke Piala Asia B20 kelak.
Setakat ini tiada makluman berkaitan tayangan siarang langsung daripada mana-mana stesen televisyen Malaysia sama ada daripada RTM, Astro mahupun Unifi TV. Walaubagaimanapun akan ada tayangan secara striming di Youtube dimana kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
Jadi untuk ketahu lebih lanjut berkaitan jadual dan keputusan melibatkan Kumpulan E dan pasukan Malaysia, anda boleh rujuk jadual seperti dibawah
14 September 2022 (Rabu)
FT : Korea Selatan (6) - (0) Sri Lanka
FT : Malaysia (1) - (1) Mongolia
Buyannemekh Ganbat 24' (P)
Aliff Izwan 54'
16 September 2022 (Jumaat)
Mongolia (0) - (7) Korea Selatan
Sri Lanka (0) - (3) Malaysia
Aliff Izwan Yuslan 30' 90'+5
Adam Farhan Faizal 70'
18 September 2022 (Ahad)
Mongolia (6) - (0) Sri Lanka
Korea Selatan (6) - (2) Malaysia
Lee Youngjun 34', 74', 81'
Bae Junho 50'
Adam Farhan Faizal 55'
Lee Seungwon 57', 88' (P)
Aliff Izwan Yuslan 68'
*Malaysia menamatkan saingan ditempat ke-3 dengan 4 mata dibelakang Mongolia dan Korea Selatan
Sekiranya anda ingin dapatkan jadual dan keputusan bagi lain-lain perlawanan melibatkan kumpulan lain, anda boleh rujuk laman web AFC.