Harimau Malaya akan beraksi dalam dua perlawanan antarabangsa pada kejohanan jemputan 48th King's Cup 2022 bertempat di Chiang Mai, Thailand pada 22 dan 25 September 2022.
Pertandingan kali ini hanya melibatkan 4 pasukan sahaja iaitu Thailand (111) sebagai tuan rumah, Trinidad & Tobago (101),Tajikistan (109) dan Malaysia (147).
Perlawanan ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak tanah air selepas kali terakhir beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun yang mana Malaysia buat kali pertama layak ke kejohanan tertinggi peringkat Asia tersebut.
Jadual & Keputusan Perlawanan 48th King Cup 2022 Thailand
Apakah magis yang akan ditunjukkan lagi oleh anak-anak buah ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon dalam aksi kali ini. Adakah mereka mampu menumpaskan pasukan-pasukan yang kedudukan rangking lebih tinggi.
Bagi para penyokong Harimau Malaya yang merancang untuk ke Chiang Mai, Thailand, tiket perlawanan boleh dibeli secara online di laman web www.smartticket.me bermula Isnin, 19 September 2022 jam 9.00 pagi.
Sekiranya tidak berkesempatan, jangan risau perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Go. Selain itu, akan dibawakan juga secara live di saluran TV9 dan boleh juga strim di www.tonton.com.my.
Setiap pemenang bagi perlawanan pertama ini akan bertemu pada perlawanan berikutnya. Manakala yang tewas pada perlawanan pertama, akan bertemu pasukan yang tewas juga. Daripada sini akan ditentukan pasukan manakah yang menjuarai piala, naib juara, tempat ketiga dan keempat.
Berikut merupakan jadual mengikut waktu Malaysia dan keputusan perlawanan bagi kejohanan jemputan 48th King's Cup 2022 bertempat di Chiang Mai, Thailand. Kesemua perlawanan berlangsung di stadium yang sama.
22 September 2022 (Khamis)
Trinidad & Tobago (1) - (2) Tajikistan
Thailand (1) - (1) Malaysia [Sepakan Penalti : 3-5]
La'Vere Corbin-Ong 32'
Pansa Hemviboon 90'+5
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
25 September 2022 (Ahad)
Tempat Ke-3 & Ke-4 FT : Trinidad & Tobago (1) - (2) Thailand
Final : *Tajikistan (0) - (0) Malaysia [Sepakan Penalti : 3-0]
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
Semoga skuad Harimau Malaya mampu melakar kemenangan berdepan pasukan yang ranking jauh lebih tinggi kali ini. Kita buat lagi!!!