Jadual & Keputusan KL City VS ATK Mohun Bagan Di Semi Final Inter Zone AFC Cup 2022

Jadual & Keputusan KL City VS ATK Mohun Bagan Di Semi Final Inter Zone AFC Cup 2022

Kuala Lumpur City (KL City) akan berkunjung ke tempat lawan bagi menghadapi perlawanan Semi Final Inter Zone AFC Cup 2022 bertemu ATK Mohun Bagan pada 7 September 2022, hari Rabu di Stadium Salt Lake, Kolkata India.

Wakil India tersebut telah menjadi juara kumpulan sekali gus terus berjaya ke peringkat ini. Manakala KL City wakil daripada Malaysia berjaya ke peringkat separuh akhir inter-zone selepas berjaya di peringkat kumpulan, kemudian ke semi final dan final untuk Zon Asia Tenggara.

BACA : Semi Final Zon Asia Tenggara AFC Cup 2022

Sebelum ini, The Hawks hanya bertemu pasukan di peringkat Asia Tenggara sahaja dan kini mereka akan berhadapan dengan lawan yang lebih kuat di peringkat Asia iaitu pasukan bola sepak datang dari Indian Super Leagues.

Jadual & Keputusan Semi Final Inter-Zone AFC Cup 2022

Kini cabaran wakil negara hanya terletak pada pasukan Kuala Lumpur City di peringkat Asia. Saingan Kedah sudah terhenti di peringkat Semi Final Zon Asean sebelum ini. Manakala wakil ACL, JDT juga terhenti cabaran mereka di pusingan 16 terbaik.

BACA : Keputusan Perlawanan JDT VS Urawa Red Di AFC Champions League 2022

Jadi untuk peminat bola sepak tanah air khususnya penyokong KL City, jangan berhenti untuk terus beri sokongan kepada wakil tunggal negara ini untuk 'mendonia' di peringkat Asia.

Tak dapat pergi ke India pun takpa, anda masih boleh dapat saksikan perlawanan secara langsung yang dibawakan di saluran Astro Arena 2 802 dan juga tontonan secara online di aplikasi Astro Go atau di astrogo.astro.com.my

Selain itu, jika anda tiada Astro, anda masih boleh saksikan perlawanan dengan strim di www.elevensports.com yang mana anda perlu melanggan RM17.50 sebulan.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan Semi Final Inter-Zone AFC Cup 2022 mempertemukan KL City FC dan wakil dari India, ATK Mohun Bagan

7 September 2022 (Rabu)

  • ATK Mohun Bagan (1) - (3) KL City
    • Paulo Josue 60'
    • Ali Molla 90'
    • Fakrul Aiman 90+2'

*KL City berjaya mara ke peringkat seterusnya di Final Inter-Zone AFC Cup 2022

Masa : 9.30 Malam
Venue : Stadium Salt Lake, Kolkata India
Tayangan : Astro Arena 2 (802) & elevensports.com
Live StreamingLink 1 | Link 2 | Link 3

~ KL City FC bakal berdepan kelab dari Uzbekistan iaitu Sogdiana Jizzakh di Final Inter-Zonal AFC Cup pada Oktober depan

Inter Zone Semi Final AFC Cup 2022 KL City ATK Mohun Bagan

Diharapkan KL City meraih kemenangan dan mampu untuk ke peringkat Final Inter-Zone AFC Cup 2022. Untuk dapatkan keputusan lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web AFC di www.the-afc.com/afc_cup2022

Post a Comment

Previous Post Next Post