Jadual Penuh Acara SUKMA 2022

Jadual Penuh Acara SUKMA 2022

Sukan Malaysia merupakan acara sukan tahunan melibatkan atlet di dalam negara. Edisi kali ini dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan yang diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.

Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar pihak penganjur yang mana kali ini dianjurkan sendiri oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.

Untuk dapatkan info untuk SUKMA 2022 seperti jadual penuh, jadual harian, atlet bertanding, keputusan bagi setiap acara dan kedudukan pingat, anda boleh pergi ke laman web sukma2022.nsc.gov.my

Jadual Penuh SUKMA 2022

Majlis perasmian dijadualkan akan berlangsung pada 17 September 2022 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM Bangi. Manakala majlis penutup akan diadakan pada 24 September di venue yang sama.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Sukan Malaysia SUKMA 2022 Edisi Ke-20 di RTM dengan Laporan Harian Pagi dibuat pada pukul 9.00 pagi dan Laporan Harian Petang pukul 3.00 petang di TV Okey dan Sukan RTM. Saksikan juga penstriman langsung di rtmklik.rtm.gov.my

Temasya : SUKMA XX MSN 2022
Tarikh : 16 - 24 September 2022
Acara Sukan : 21 Jenis Sukan | 426 Acara | 6606 Atlet
Maskot : Harimau Malaya (OYEN)

BOLA SEPAK

  • Tarikh : 12 - 23 September 2022 (12 Hari)
  • Venue : Stadium Bola Sepak KL, UKM, UiTM, UM, UNITEN

WUSHU

  • Tarikh : 14 - 16 September 2022 (3 Hari)
  • Venue : Gimnasium 2, MSN

BERBASIKAL

- [Lebuhraya]

  • Tarikh : 14 - 17 September 2022 (4 Hari)
  • Venue : Bandar Baru Sendayan Seremban, Negeri Sembilan

- [BMX]

  • Tarikh : 17 - 18 September 2022 (2 Hari)
  • Venue : Arena BMX Nasional, Nilai

- [Trek]

  • Tarikh : 19 - 22 September 2022 (4 Hari)
  • Venue : Velodrom Nasional, Nilai

- [MTB]

  • Tarikh : 22 - 24 September 2022 (3 Hari)
  • Venue : Taman Cabaran, Putrajaya

SEPAKTAKRAW

  • Tarikh : 14 - 22 September 2022 (9 Hari)
  • Venue : Dewan Sri Sarjana, UNITEN

OLAHRAGA

  • Tarikh : 15 - 18 September 2022 (4 Hari)
  • Venue : Stadium Nasional, Bukit Jalil

HOKI

  • Tarikh : 15 - 23 September 2022 (9 hari)
  • Venue : Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil

BOLA KERANJANG

- [5 x 5]

  • Tarikh : 15 - 21 September 2022 (7 Hari)
  • Venue : Stadium MABA

- [3 x 3]

  • Tarikh : 22 -23 September (2 Hari)
  • Venue : Stadium MABA

KARATE

  • Tarikh : 15 - 17 September 2022 (3 Hari)
  • Venue : Dewan Kompleks Sukan, UiTM Shah Alam

KRIKET

  • Tarikh : 15 - 24 September 2022 (10 Hari)
  • Venue : UKM Oval (Padang 1) & Selangor Turf Club (Padang 2)

PETANQUE

  • Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
  • Venue : Arena Petanque Kuala Lumpur, Pudu Ulu

LAWN BOWLS

  • Tarikh : 16 - 24 September 2022 (9 Hari)
  • Venue : Kompleks Sukan Bukit Kiara

GIMNASTIK

  • Tarikh : 17 - 19 September 2022 (3 Hari)
  • Venue : Gimnasium 3, MSN

GIMRAMA

  • Tarikh : 21 - 23 September 2022 (2 Hari)
  • Venue : Gimnasium 1, MSN

E-SPORTS

  • Tarikh : 17 - 19 September 2022 (3 Hari)
  • Venue : E-Sport Business Network, Quill City Mall, Kuala Lumpur

MUAYTHAI

  • Tarikh : 17 - 21 September 2022 (5 Hari)
  • Venue : South City Plaza, Seri Kembangan

MEMANAH

  • Tarikh : 17 - 22 September 2022 (6 Hari)
  • Venue : Stadium USIM, Nilai Negeri Sembilan

SKUASY

  • Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
  • Venue : Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil & Pusat Skuasy Jln. Duta KL

TENIS

  • Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
  • Venue : Kompleks Sukan Jalan Duta, Kuala Lumpur

BOLA TAMPAR

- [Dewan]

  • Tarikh : 17 - 23 September 2022 (7 Hari)
  • Venue : Dewan MBSA Seksyen 4 & 19 Shah Alam

- [Pantai]

  • Tarikh : 18 - 22 September 2022 (5 Hari)
  • Venue : Gelanggang Bola Tampar Pantai MBSA, Seksyen 19 Shah Alam

TINJU

  • Tarikh : 17 - 24 September 2022 (8 Hari)
  • Venue : Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya

PELAYARAN

  • Tarikh : 18 - 23 September 2022 (6 Hari)
  • Venue : Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi

TENPIN BOLING

  • Tarikh : 18 - 22 September 2022 (5 Hari)
  • Venue : Sunway Megalane, Sunway Pyramid

KANU

  • Tarikh : 18 - 23 September 2022 (6 Hari)
  • Venue : Kompleks Sukan Air (KOSA) Presint 6, Putrajaya

MENEMBAK

  • Tarikh : 18 - 23 September 2022 (6 Hari)
  • Venue : Lapang Sasar Menembak, Subang

RAGBI

  • Tarikh : 19 - 22 September 2022 (4 Hari)
  • Venue : Padang Ragbi, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam

ANGKAT BERAT

  • Tarikh : 19 - 22 September 2022 (4 Hari)
  • Venue :  Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya

AKUATIK

- [Renang]

  • Tarikh : 19 - 23 September 2022 (5 Hari)
  • Venue : Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil

- [Terjun]

  • Tarikh : 20 - 22 (September 2022 (3 Hari)
  • Venue : Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil

BOLA JARING

  • Tarikh : 19 - 24 September 2022 (6 Hari)
  • Venue : Stadium Juara, Bukit Kiara

GOLF

  • Tarikh : 20 - 22 September 2022 (3 Hari)
  • Venue : Kelab Golf Negara Subang

JUDO

  • Tarikh : 20 - 22 September 2022 (3 Hari)
  • Venue : Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam

BADMINTON

  • Tarikh : 20 - 24 September 2022 (5 Hari)
  • Venue : Axiata Arena, Bukit Jalil

PENCAK SILAT

  • Tarikh : 20 - 24 September 2022 (5 Hari)
  • Venue : Dewan Tuanku Canselor UiTM, Nilai Negeri Sembilan

Jadual Penuh Acara SUKMA 2022

Pasukan manakah yang bakal bergelara juara keseluruhan pada edisi kali ini? Nantikan dalam acara SUKMA XX MSN 2022.

Post a Comment

Previous Post Next Post