SUKMA 2022 : Senarai Pemain Badminton Pasukan Johor

Senarai Pemain Badminton Pasukan Johor SUKMA 2022

Acara sukan Badminton di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi ke-20 kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 20 September hingga 24 September 2022 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Untuk acara Badminton kali ini, pertandingan hanya melibatkan individu iaitu Perseorangan Lelaki & Wanita beserta Beregu Lelaki, Wanita dan Campuran sahaja dan tiada untuk acara berkumpulan. Pingat yang ditawarkan secara keseluruhan adalah 5 emas.

SUKMA XX MSN 2022

Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan tahunan dan kali ini diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.

Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran iaitu oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.

Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.

Kesemua venue acara yang berlangsung sepanjang temasya SUKMA 2022 kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang mana-mana tempat dengan penglibatan sukan yang anda gemari untuk terus berikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding. Ingat masuk percuma!

Senarai Pemain & Atlet Bagi Kontinjen Johor Di Sukan Badminton SUKMA 2022

Salah satu pasukan yang akan menyertai sukan Badminton dalam SUKMA 2022 kali ini adalah Johor. Jadi pasukan tersebut telah mempersiapkan 6 atlet lelaki dan 6 atlet wanita yang telah didaftarkan. Mereka ialah:

Lelaki

  • Ng Tze Yong
  • Muhammad Ariffin Nazri
  • Yap Roy King
  • Lwi Sheng Hao
  • Liew Xun
  • Lee Yi Bo

Wanita

  • Myisha Mohd Khairul
  • Dania Sofea Zaidi
  • Go Pei Kee
  • Carmen Ting
  • Hoe Shi Yun
  • Lim Shin

Acara yang disertai oleh para atlet dan pemain bagi Pasukan Johor dalam Badminton SUKMA 2022

[Perseorangan Lelaki] - Ng Tze Yong, Muhammad Ariffin Nazri

[Perseorangan Wanita] - Myisha Mohd Khairul, Dania Sofea Zaidi

[Beregu Lelaki] - Yap Roy King/Lwi Sheng Hao, Liew Xun/Lee Yi Bo

[Beregu Wanita] - Go Pei Kee/Carmen Ting, Hoe Shi Yun/Lim Shin

[Beregu Campuran] - Yap Roy King/Go Pei Kee, Lwi Sheng Hao/Carmen Ting

Untuk dapatkan info penuh jadual dan keputusan perlawanan bagi sukan Badminton dalam temasya SUKMA 2022, anda boleh layari laman web rasmi di sukma2022.nsc.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post