Acara sukan Badminton di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 20 September hingga 24 September 2022 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Untuk acara badminton, pertandingan hanya melibatkan acara individu iaitu Perseorangan Lelaki & Wanita dan Beregu Lelaki, Wanita dan Campuran. Tiada acara berkumpulan. Pingat emas yang ditawarkan adalah 5 secara keseluruhannya.
SUKMA XX MSN 2022
Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan tahunan dan kali ini diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.
Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran iaitu oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.
Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.
Kesemua venue acara yang berlangsung sepanjang temasya SUKMA 2022 kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang mana-mana tempat dengan penglibatan sukan yang anda gemari untuk terus berikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding. Ingat masuk percuma!
Senarai Pemain & Atlet Bagi Pasukan Perak Di Sukan Badminton SUKMA 2022
Salah satu pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam sukan Badminton SUKMA 2022 adalah negeri Perak.
Lelaki
- Anson Cheong Yan Feng
- Eogene Ewe Soon
- Lim Tze Jian [2]
- Ling Wei Jie
- Si Chin Sian
- Yong Jing Ren
- Lye Jun Yew
Wanita
- Eoon Qi Xuan [1]
- Nurul Aisyah Binti Ahmad Nazri
- Valeree Siow Zi Xuan [3]
- Vannee Gobi
- Chew Jia Hui
- Chew Jia Wern
- Chong Jie Yu
Acara yang disertai oleh para atlet dan pemain bagi pasukan Perak dalam Badminton SUKMA 2022
[Perseorangan Lelaki] - Anson Cheong Yan Feng, Eogene Ewe Soon
[Perseorangan Wanita] - Eoon Qi Xuan [1], Aisyah Nazri
[Beregu Lelaki] - Lim Tze Jian [2]/Ling Wei Jie, Si Chin Sian/Yong Jing Ren
[Beregu Wanita] - Valeree Siow [3]/Vannee Gobi, Chew Jia Hui/Chew Jia Wern
[Beregu Campuran] - Lim Tze Jian [2]/Valeree Siow, Lye Jun Yew/Chong Jie Yu
Untuk dapatkan info penuh senarai pemain yang bertanding, jadual dan keputusan perlawanan bagi sukan Badminton dalam temasya SUKMA 2022, anda boleh layari laman web rasmi di sukma2022.nsc.gov.my