Acara sukan Badminton di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 20 September hingga 24 September 2022 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Untuk acara badminton, pertandingan hanya melibatkan acara individu iaitu Perseorangan Lelaki & Wanita dan Beregu Lelaki, Wanita dan Campuran. Tiada acara berkumpulan. Pingat emas yang ditawarkan adalah 5 secara keseluruhannya.
SUKMA XX MSN 2022
Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan tahunan dan kali ini diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.
Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran iaitu oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.
Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.
Kesemua venue acara yang berlangsung sepanjang temasya SUKMA 2022 kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang mana-mana tempat dengan penglibatan sukan yang anda gemari untuk terus berikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding. Ingat masuk percuma!
Senarai Pemain & Atlet Bagi Kontinjen Pulau Pinang Di Sukan Badminton SUKMA 2022
Salah satu pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam sukan Badminton SUKMA 2022 adalah Pulau Pinang. Jadi pasukan tersebut menghantar 8 atlet lelaki dan 8 atlet wanita bagi menyertai kesemua acara yang dipertandingkan. Mereka ialah:
Lelaki
- Ong Zhen Yi
- Lee Shun Yang
- Goh Boon Zhe [1]
- Rayner Beh Chun Meng
- Ching Kai Feng
- Loo Bing Kun
- Chong Hon Jian [4]
Wanita
Goh Jin Wei- Lim Sze Jin
- Tang Zhing Yi [4]
- Lee Xin Jie
- Teoh Lexuan
- Goh Yi Xuan
- Tan Xin Zon
- Tan Shen Thing
Acara yang disertai oleh para atlet dan pemain bagi pasukan Penang dalam Badminton SUKMA 2022
[Perseorangan Lelaki] - Lee Shun Yang, Ong Zhen Yi
[Perseorangan Wanita] - Goh Jin Wei, Lim Sze Jin, Tang Zhing Yi [4]
[Beregu Lelaki] - Goh Boon Zhe [1]/Rayner Beh Chun Meng, Ching Kai Feng/Loo Bing Kun
[Beregu Wanita] - Lee Xin Jie/Teoh Lexuan, Goh Yi Xuan/Tan Xin Zon
[Beregu Campuran] - Chong Hon Jian [4]/Teoh Lexuan, Loo Bing Kun/Tan Shen Thing
Untuk dapatkan info penuh jadual dan keputusan perlawanan bagi sukan Badminton dalam temasya SUKMA 2022, anda boleh layari laman web rasmi di sukma2022.nsc.gov.my