SUKMA 2022 : Senarai Pemain Badminton Pasukan Selangor

Senarai Pemain Badminton Pasukan Selangor SUKMA 2022

Acara sukan Badminton di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 20 September hingga 24 September 2022 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Untuk acara badminton, pertandingan hanya melibatkan acara individu iaitu Perseorangan Lelaki & Wanita dan Beregu Lelaki, Wanita dan Campuran. Tiada acara berkumpulan. Pingat emas yang ditawarkan adalah 5 secara keseluruhannya.

SUKMA XX MSN 2022

Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan tahunan dan kali ini diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.

Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran iaitu oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.

Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.

Kesemua venue acara yang berlangsung sepanjang temasya SUKMA 2022 kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang mana-mana tempat dengan penglibatan sukan yang anda gemari untuk terus berikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding. Ingat masuk percuma!

Senarai Pemain & Atlet Bagi Pasukan Selangor Di Sukan Badminton SUKMA 2022

Salah satu pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam sukan Badminton SUKMA 2022 adalah negeri Selangor.

Lelaki

  • Adil Sholeh Bin Ali Sadikin [3]
  • Muhammad Shaqeem Eiman Bin Shahyar
  • Muhammad Nuradil Adha Bin Azman
  • Muhammad Nurfirdaus Bin Azman
  • Jimmy Wong [4]
  • Man Wei Chong
  • Eveshragan A/L Vasigaran
  • Ter Chun Long

Wanita

  • Siti Nurshuhaini Binti Azman [3]
  • Letshana A/P A.Karuppathievan
  • Kasturi A/P Radhakrishnan [1]
  • Venosha A/P Radhakrishnan
  • Dharshinie AP/ Vasigaran
  • Saranya A/P Nayaratnarajah
  • Ng Wan Win
  • Ho Lo Ee

Acara yang disertai oleh para atlet dan pemain bagi Pasukan Selangor dalam Badminton SUKMA 2022

[Perseorangan Lelaki] - Aidil Sholeh [3], Shaqeem Eiman

[Perseorangan Wanita] - Siti Nurshuhaini, Letshana

[Beregu Lelaki] - Nuradil Azman/Nurfirdaus Azman, Jimmy Wong [4]/Man Wei Chong

[Beregu Wanita] - R. Kasturi/R. Venosha, V. Dharshinie/N.Saranya

[Beregu Campuran] V. Eveshragan /Ng Wan Win, Ter Chun Long/Ho Le Ee

Untuk dapatkan info penuh senarai pemain yang bertanding, jadual dan keputusan perlawanan bagi sukan Badminton dalam temasya SUKMA 2022, anda boleh layari laman web rasmi di sukma2022.nsc.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post