SUKMA 2022 : Senarai Pemain Badminton Pasukan Wilayah Persekutuan

Senarai Pemain Badminton Pasukan Wilayah Persekutuan SUKMA 2022

Acara sukan Badminton di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi kali ini dijadualkan akan berlangsung bermula 20 September hingga 24 September 2022 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Untuk acara badminton, pertandingan hanya melibatkan acara individu iaitu Perseorangan Lelaki & Wanita dan Beregu Lelaki, Wanita dan Campuran. Tiada acara berkumpulan. Pingat emas yang ditawarkan adalah 5 secara keseluruhannya.

SUKMA XX MSN 2022

Sukan Malaysia 2022 juga dikenali sebagai SUKMA XX MSN 2022 merupakan acara temasya sukan tahunan dan kali ini diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September 2022.

Pada awalnya, temasya ini menjadikan Johor sebagai Tuan Rumah yang mana sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik, ianya terpaksa ditunda dan ditukar penganjuran iaitu oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri.

Edisi kali ini bakal menyaksikan 15 penyertaan iaitu 13 negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Brunei. Sebanyak 31 jenis sukan yang dipertandingkan dengan melibatkan 426 acara dan dijadual berlangsung di beberapa lokasi pilihan seperti Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.

Kesemua venue acara yang berlangsung sepanjang temasya SUKMA 2022 kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang mana-mana tempat dengan penglibatan sukan yang anda gemari untuk terus berikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding. Ingat masuk percuma!

Senarai Pemain & Atlet Bagi Pasukan Wilayah Persekutuan Di Sukan Badminton SUKMA 2022

Salah satu pasukan yang layak dan mengambil bahagian dalam sukan Badminton SUKMA 2022 adalah Wilayah Persekutuan.

Lelaki

  • Lim Chong King
  • Leong Jun Hao [2]
  • Bryan Jeremy Goonting
  • Low Han Chen
  • Chia Weijie
  • Muhammad Fazriq Bin Mohamad Razif
  • Justin Hoh Shou Wei
  • Chung Kin Wai

Wanita

  • Amanda Yap Hwa Leng
  • Ong Xin Yee
  • Erica Hoh Ji Ling
  • Ng Sum Yee
  • Tang Wen Xin
  • Wong Kha Yan
  • Wong Kha Moon

Acara yang disertai oleh para atlet dan pemain bagi Pasukan Wilayah Persekutuan dalam Badminton SUKMA 2022

[Perseorangan Lelaki] - Lim Chong King, Leong Jun Hao [2]

[Perseorangan Wanita] - Amanda Yap Hwa Leng, Ong Xin Yee

[Beregu Lelaki] - Bryan Jeremy Goonting/Low Han Chen, Chia Weijie/Muhammad Fazriq

[Beregu Wanita] - Erica Hoh Ji Ling/Ng Sum Yee, Tang Wen Xin/Wong Kha Yan

[Beregu Campuran] - Justin Hoh Shou Wei/Wong Kha Yan, Chung Kin Wai/Wong Kha Moon

Senarai Pemain Badminton Pasukan Wilayah Persekutuan SUKMA 2022

Untuk dapatkan info penuh senarai pemain yang bertanding, jadual dan keputusan perlawanan bagi sukan Badminton dalam temasya SUKMA 2022, anda boleh layari laman web rasmi di sukma2022.nsc.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post