Kejohanan BWF Japan Open 2022 telah berlangsung selama enam hari bermula 30 Ogos hingga 4 September 2022 bertempat di Maruzen Intec Arena Osaka, Jepun yang mana telah mengumumkan senarai pemenang bagi kejohanan tersebut.
Daihatsu Yonex Japan Open 2022 telah bermula pada pusingan 32 sehingga peringkat final dengan melibatkan barisan pemain-pemain badminton handalan dunia untuk kesemua kategori iaitu Perseorangan Lelaki dan Wanita, Beregu Lelaki, Wanita dan Campuran.
BACA : Jadual & Keputusan Kejohanan BWF Japan Open 2022
Japan Open 2022 merupakan acara Super 750 dimana menawarkan mata rangking bagi pemain yang layak menyertai kejohanan ini disamping hadiah wang tunai yang ditawarkan dengan keseluruhan sebanyak USD750,000 atau sekitar RM3.35 Juta.
Jumlah Mata Rangking Dan Hadiah Wang Tunai Yang Diperoleh
Berikut merupakan agiha mata rangking BWF dan agihan hadiah wang tunai bagi setiap pemain untuk setiap peringkat.
Mata Ranking BWF
- Juara - 11,000
- Naib Juara - 9,350
- Separuh Akhir - 7,700
- Suku Akhir - 6,050
- Pusingan 16 - 4,320
- Pusingan 32 - 2,660
Hadiah Wang Tunai
[Perseorangan]
- Juara - $52,500
- Naib Juara - $25,500
- Separuh Akhir - $10,500
- Suku Akhir - $4,125
- Pusingan 16 - $2,250
- Pusingan 32 - $750
[Beregu]
- Juara - $55,500
- Naib Juara - $26,500
- Separuh Akhir - $10,500
- Suku Akhir - $4,687.50
- Pusingan 16 - $2,437,50
- Pusingan 32 - $750
*Nak tahu hadiah wang tunai diperoleh dalam Ringgit Malaysia boleh la convert sendiri.
Senarai Pemenang Kejohanan BWF Japan Open 2022
Berikut merupakan senarai pemenang iaitu Juara dan Naib Juara (Podium) bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Japan Open 2022
[Beregu Wanita]
- Juara - Jeong Na Eun/Kim Hye Jeong (KOR)
- Naib Juara - Baek Ha Na/Lee Yu Lim (KOR)
[Beregu Campuran]
- Juara - Dechapol Puavaranukroh [2]/Sapsiree Taerattanachai (THA)
- Naib Juara - Yuta Watanabe [3]/Arisa Higashino (JPN)
[Beregu Lelaki]
- Juara - Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN)
- Naib Juara - Kim Astrup [7]/Anders Skaarup Rasmussen (DEN)
[Perseorangan Lelaki]
- Juara - Kenta Nishimoto (JPN)
- Naib Juara - Chou Tien Chen [4] (TPE)
[Perseorangan Wanita]
- Juara - Akane Yamuguchi [1] (JPN)
- Naib Juara - An Se Young [3] (KOR)
Untuk dapatkan info lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwfbadminton.com