Senarai Penuh Pungutan Pingat SUKMA 2022

Senarai Penuh Pungutan Pingat SUKMA 2022

Sukan Malaysia, SUKMA XX MSN 2022 telah melabuhkan tirai secara rasmi menerusi upacara penutupan yang diadakan pada 24 September 2022 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM Bangi.

Acara penutupan itu diadakan cukup meriah yang pastinya yang ditunggu-tunggu adalah pengumuman juara keseluruhan bagi SUKMA edisi ke-20 kali ini.

Selepas lebih seminggu para atlet berjuang dalam setiap sukan dan kategori yang dipertandingkan, secara rasminya apabila Johor diumumkan sebagai juara keseluruhan SUKMA XX MSN 2022. Trofi kejuaraan telah diserahkan sendiri oleh lagenda badminton negara, Datuk Lee Chogn Wei.

Dengan menghantar atlet seramai 526 orang, Johor berjaya mengutip 172 pingat keseluruhan iaitu 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa sekali gus mengungguli carta kedudukan dihadapan Terengganu di tempat kedua dan Wilayah Persekutuan ditempat ketiga.

Terengganu peroleh 64 emas, 49 perak dan 56 gangsa. Manakala pasukan tuan rumah, Wilayah Persekutuan berjaya memperoleh pungutan pingat 55 emas, 68 perak dan 64 gangsa.

'Ibu Segala Pingat' iaitu sukan Bola Sepak telah dimenangi oleh pasukan Terengganu selepas mengalahkan Pulau Pinang dalam aksi final pada 23 September yang lalu.

BACA : Jadual & Keputusan Penuh Acara Sukan Bola Sepak SUKMA 2022

Johor muncul juara keseluruhan buat pertama kali dalam sejarah sejak SUKMA dipertandingkan iaitu pada 36 tahun dahulu pada tahun 1986.

Bukan itu sahaja, dua atlet dari negeri Johor juga telah diumumkan sebagai atlet terbaik lelaki dan atlet terbaik wanita yang mana trofi telah disampaikan oleh jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awam dan lagenda skuasy negara, Datuk Nicol David.

Bagi atlet lelaki terbaik SUKMA 2022 jatuh kepada Muhammad Fakhrullah Mohd. Rumaize daripada sukan Kanu. Dalam sukan tersebut, beliau telah merangkul 9 emas dengan dua rekod kebangsaan berjaya dipecahkan dalam acara K2 500 m (1:43.045s) dan K2 1000m (3:35.500s)

Manakala untuk atlet wanita terbaik SUKMA 2022 disandang oleh Tan Rouxin menerusi sukan Renang. Beliau menyapu 6 emas, 1 perak dan 1 gangsa dalam sukan tersebut menerusi acara 50m kuak dada, 100m kuak dada, 200m kuak dada, 200m individu medley dan 50m kuak lentang.

 Tahniah kepada Johor Darul Ta'zim atas kejayaan ini!

Untuk carta dan kedudukan pingat keseluruhan, anda boleh rujuk dibawah. Untuk info lanjut berkaitan setiap kemenangan yang dicapai dalam SUKMA 2022, anda boleh pergi ke laman web sukma2022.nsc.gov.my

Senarai Penuh Pungutan Pingat SUKMA 2022

Post a Comment

Previous Post Next Post