Jadual & Keputusan KL City VS Al Seeb Di Final AFC Cup 2022

Jadual & Keputusan KL City VS Al Seeb Di Final AFC Cup 2022

Akhirnya kini tiba Final AFC Cup 2022 dimana KL City mencatat sejarah tersendiri apabila mara ke pusingan akhir kejohanan tersebut bertemu Al See pada 22 Oktober 2022, hari Sabtu berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Selepas mengharungi banyak perlawanan bermula daripada peringkat kumpulan, KL City menunjukkan mentaliti juara dalam setiap perlawanan dan berusaha sehingga ke tiupan wisel akhir bagi melayakkan diri buat pertama dalam final AFC Cup 2022.

BACA : Keputusan Final Inter-Zone AFC Cup 2022

Kali ini, skuad Bojak Hodak akan berdepan dengan wakil dari kelab Oman, Al Seeb yang sebelum ini membelasah Al Riffa dengan 4 gol berbalas 0 pada peringkat Zonal Finals.

Sementara itu, KL City wakil Malaysia juga berjaya mara ke final selepas menundukkan PFC Sogdiana dalam penentuan sepakan penalti yang berpihak kepada wakil tunggal negara tersebut dengan keputusan 5-3.

Kejohanan kali ini, Malaysia telah dipilih untuk menjadi venue atau tempat perlawanan diadakan. Pada mulanya akan berlangsung di Stadium Kuala Lumpur. Tetapi disebabkan keperluan pemasangan sistem VAR yang tidak capai standard di stadium tersebut, terpaksa di tukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jadual & Keputusan Final AFC Cup 2022

Adakah KL City FC berjaya mengulangi apa yang dicapai oleh pasukan JDT pada tahun 2015 selepas bergelar juara dalam kejohanan berprestij AFC Cup kali ini? Nantikan...

Penyokong-penyokong Kuala Lumpur City jangan lupa untuk penuhkan stadium keramat pada 22 Oktober ini dan dapatkan tiket masuk dengan pembelian secara online.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, anda boleh tonton perlawanan siaran langsung menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau tontonan secara striming di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di www.elevensports.com yang mana anda perlu melanggan dengan harga RM17.50 sebulan.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan Final AFC Cup 2022 mempertemukan KL City FC dan Al Seeb.

KL City FC vs Al Seeb

Tarikh : 22 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional, Bukit Jalil
Tayangan : Astro Arena 2 (802) & elevensports.com
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2


Post a Comment

Previous Post Next Post