Kuala Lumpur City (KL City) sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila mara ke Final Inter Zone AFC Cup 2022 bertemu PFC Sogdiana pada 5 Oktober 2022, hari Rabu di Sogdiana Sporting Complex, Jizzakh.
BACA : Keputusan KL City VS ATK Mohun Bagan Di Semi Final Inter Zone AFC Cup 2022
PFC Sogdiana merupaakn wakil daripada Uzbekistan berjaya mara ke Peringkat Akhir Antara Benua selepas mengalahkan kelab Hong Kong, Easter Long Lions dengan jaringan 1-0. Manakala Kuala Lumpur menang bergaya mengalahkan ATK Mohun Bagan ditempat lawan dengan jaringan 1-3.
Ini bukanlah pusingan akhir tetapi merupakan peringkat semi final bagi kejohanan AFC Cup. Jadi mana-mana pasukan yang menang akan layak Final AFC Cup 2022 yang sebenar.
Jadual & Keputusan Final Inter-Zone AFC Cup 2022
Mungkin sekali lagi kelab dari Malaysia akan melakar sejarah untuk layak ke final AFC Cup seperti yang dilakukan oleh JDT pada tahun 2015. Kini kesemuanya bergantung kepada 11 pemain KL City di atas padang bagi merialisasikan impian tersebut.
Jadi jangan berhentu untuk terus beri sokongan kepada wakil tunggal negara ini bagi mengangkat lebih tinggi kualiti bola sepak negara.
Kalau tak dapat pergi ke Uzbekistan pun, anda masih lagi boleh menonton siaran langsung perlawanan ini yang dibawakan oleh saluran Astro Arena 2 802 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my
Selain itu, jika anda tiada Astro, anda masih boleh saksikan perlawanan dengan strim di www.elevensports.com yang mana anda perlu melanggan RM17.50 sebulan.
Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan Final Inter-Zone AFC Cup 2022 mempertemukan KL City FC dan wakil dari Uzbekistan, PFC Sogdiana Jizzakh.
4 Oktober 2022 (Rabu)
- AET : PFC Sogdiana (0) - (0) KL City (Penentuan Penalti : 3-5)
*KL City berjaya mara ke Final AFC Cup 2022 bertemu Al-Seeb pada 22 Oktober 2022
Masa : 9.00 Malam
Venue : Sogdiana Sporting Complex, Jizzakh
Tayangan : Astro Arena 2 802 & elevensports.com
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
Diharapkan KL City meraih kemenangan dan mampu untuk ke Final AFC Cup 2022. Untuk dapatkan keputusan lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web AFC di www.the-afc.com/afc_cup2022