Siri Jelajah Dunia BWF diteruskan lagi selepas rehat lebih sebulan iaitu menerusi kejohanan Denmark Open 2022 presented by VICTOR yang akan bermula pada 18 hingga 23 Oktober 2022 yang diadakan di Arenaa Fyn, Odense Denmark.
Terbuka Denmark 2022 merupakan pertandingan badminton BWF World Tour Super 750 dimana menawarkan mata ranking kepada barisan pemain yang bertanding termasuk hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD750,000 (~RM3.4 Juta).
Senarai Pemain Malaysia Dalam Denmark Open 2022
Berikut merupakan senarai pemain Malaysia yang akan bertanding dalam kejohanan ini bagi pemain dibawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan juga pemain profesional negara.
Perseorangan Lelaki - Lee Zii Jia [4], Liew Daren
Beregu Lelaki - Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi, Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong, Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik
Beregu Wanita - Tan Pearly/Thinaah Muralitharan, Anna Chin Yik Cheong/Teoh Mei Xing, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien
Beregu Campuran - Chang Peng Soon/Cheah Yee See, Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Tan Kian Meng [8]/Lai Pei Jing, Hoo Pang Ron/Toh Ee Wei
*Kejohanan kali ini tiada wakil negara dalam acara Perseorangan Wanita.
Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Terbuka Denmark 2022
Jadi jangan lupa untuk teruskan bagi sokongan kepada semua wakil negara yang mengikuti kejohanan Denmark Open 2022 bermula daripada pusingan 32 sehinggalah di peringkat akhir.
Anda boleh saksikan perlawanan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 814 atau menerusi tontonan secara online di astrogo.astro.com.my. Siaran langsung hanya akan bermula pada pusingan 16.
Berikut merupakan jadual perlawanan badminton yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sepanjang kejohanan berlangsung.
⏩ Tonton Live Streaming - Link 1 | Link 2
----------------------------------------------
18 Oktober 2022 (Selasa) - Pusingan 32
19 Oktober 2022 (Rabu) - Pusingan 32
20 Oktober 2022 (Khamis) - Pusingan 16
21 Oktober 2022 (Jumaat) - Suku Akhir
22 Oktober 2022 (Sabtu) - Separuh Akhir
23 Oktober 2022 (Ahad) - Final
----------------------------------------------
Kejohanan kali ini, admin tidak berkesempatan untuk kemaskini jadual dan keputusan bagi setiap perlawanan terutamanya melibatkan pemain-pemain Malaysia.
Jadi sekiranya, anda ingin ketahui keputusan semasa dan jaduah perlawanan harian, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwfbadminton.com atau di www.tournamentsoftware.com.