Jadual & Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022

Jadual & Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022

Perlumbaan basikal paling berprestij, Le Tour de Langkawi 2022 (LTdL2022) akan membuka tirai pada 11 Oktober 2022 sehingga ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 18 Oktober 2022 di Langkawi.

LTdL kali ini merupakan edisi ke-26 dimana tahun 2021 tidak berjaya diadakan ekoran pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Jadi kali terakhir berlangsung adalah pada tahun 2020.

Jadi sekembalinya perlumbaan ini, pastinya ramai yang teruja terutamanya bagi peminat sukan basikal tanah air untuk menyaksikan aksi kayuhan bertenaga daripada nama-nama pelumba besar dari seluruh dunia dengan lebih dekat lagi.

Senarai Pasukan Yang Menyertai Le Tour de Langkawi 2022

Secara keseluruhan, terdapa 22 pasukan yang menyertai acara Petronas Le Tour de Langkawi 2022 kali ini dengan menampilkan 6 pasukan Jelajah Dunia, 4 pasukan Bro Benua dan 12 pasukan Pro Benua Tempatan.

Pasukan Jelajah Dunia - UAE Team Emirates (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan (Kazakhstan).

Pro Benua - Drone Harper-Androni Giocattoli (Itali), Uno X-Pro Cycling (Norway), Alpecin-Deceuninck (Belgium) dan Burgos-BH (Sepanyol).

Pro Benua Tempatan - Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC), Cycling Team (Indonesia), Roojau Cycling Team (Indonesia), ARA Pro Racing Sunshine Coast (Australia), China Glory Continental Cycling Team (China), ProTouch (Afrika Selatan) dan Kuwait Pro Cycling (Kuwait), Thailand Continental Team (Thailand), Team UKYO (Jepun), 7-Eleven Cliqq Air (Filipina) dan pasukan berbasikal kebangsaan (Malaysia)

Jadual & Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022

Untuk edisi kali ini, terdapat 8 peringkat yang akan dilalui oleh para pelumba dengan melalui beberapa negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Pulau Pinang dan Langkawi, Kedah.

Kesemua perlumbaan akan ditayangkan menerusi saluran Astro di Eurosport HD 802 dan boleh juga strim di Astro Go. Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di facebook Le Tour de Langkawi dan saluran youtube HumanVoyageChannel.

Berikut merupakan 8 peringkat dengan laluan yang akan diharungi oleh para pelumba :

  • Peringkat 1 : Kuala Pilah - Kuala Lumpur (11 Oktober 2022)
  • Peringkat 2 : Kuala Klawang - Rabu (12 Oktober 2022)
  • Peringkat 3 : Putrajaya - Genting Highlands (13 Oktober 2022)
  • Peringkat 4 : Sabak Bernam - Meru Maya (14 Oktober 2022)
  • Peringkat 5 : Kuala Kangsar - Kulim (15 Oktober 2022)
  • Peringkat 6 : Georgetown - Alor Setar (16 Oktober 2022)
  • Peringkat 7 : Kuah - Gunung Raya, Langkawi (17 Oktober 2022)
  • Peringkat 8 : Kuah, Langkawi Loop (18 Oktober 2022)

Jadual & Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022

Untuk memudahkan anda yang ingin datang bagi menonton Le Tour de Langkawi di lokasi, anda boleh rujuk maklumat dibawah berkaitan waktu dan lokasi pelepasan dan penamat untuk sepanjang kejohanan.

Peringkat 1 : (Seri Menanti, Negeri Sembilan - KLCC, Kuala Lumpur)

Tarikh : 11 Oktober 2022 (Selasa)
Jarak : 157.3 km
Lokasi Pelepasan : Sekolah Kebangsaan Tunku Nasir, Seri Menanti, Negeri Sembilan
Masa Pelepasan : 12.30 tengah hari
Lokasi Penamat : KLCC, Kuala Lumpur
Jangkaan Masa Sampai : 4.17 petang

Peringkat 2 : Kuala Klawang, Negeri Sembilan - Dataran Raub, Pahang

Tarikh : 12 Oktober 2022 (Rabu)
Jarak : 178.9 km
Lokasi Pelepasan : Menara Jam, Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Masa Pelepasan : 12.15 tengah hari
Lokasi Penamat : Dataran Raub, Pahang
Jangkaan Masa Sampai : 4.32 petang

Peringkat 3 : Putrajaya - Genting Highland, Pahang

Tarikh : 13 Oktober 2022 (Khamis)
Jarak : 123.7 km
Lokasi Pelepasan : Dataran Putra, Putrajaya
Masa Pelepasan : 12.40 tengah hari
Lokasi Penamat : Genting Highland, Pahang
Jangkaan Masa Sampai : 3.54 petang

Peringkat 4 : Sabak Bernam, Selangor - Meru Jaya, Ipoh Perak

Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat)
Jawak : 137.9 km
Lokasi Pelepasan : Sabak Bernam, Selangor
Masa Pelepasan : 2.45 petang
Lokasi Penamat : Meru Jaya, Ipoh, Perak
Jangkaan Masa Sampai : 6.04 petang

Peringkat 5 : Kuala Kangsar, Perak - Dataran Kulim, Kedah

Tarikh : 15 Oktober 2022 (Sabtu)
Jarak : 172 km
Lokasi Pelepasan : Dataran Kuala Kangsar, Perak
Masa Pelepasan : 12.30 tengah hari
Lokasi Penamat : Dataran Kulim, Kedah
Jangkaan Masa Sampai : 4.36 petang

Peringkat 6 : Padang Kota, Georgetown, Pulau Pinang - Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

Tarikh : 16 Oktober 2022 (Ahad)
Jarak : 120.4 km
Lokasi Pelepasan : Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang
Masa Pelepasan : 9.00 pagi
Lokasi Penamat : Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah
Jangkaan Masa Sampai : 11.56 pagi

Peringkat 7 : Pekan Kuah, Langkawi - Gunung Raya, Langkawi

Tarikh : 17 Oktober 2022 (Isnin)
Jarak : 90.8 km
Lokasi Pelepasan : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
Masa Pelepasan : 2.15 petang
Lokasi Penamat : Gunung Raya, Langkawi, Kedah
Jangkaan Masa Sampai : 4.28 petang

Peringkat 8 : Pekan Kuah, Langkawi (Loop)

Tarikh : 18 Oktober 2022 (Selasa)
Jarak : 115.9 km
Lokasi Pelepasan : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
Masa Pelepasan : 1.30 petang
Lokasi Penamat : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
Jangkaan Masa Sampai : 4.18 petang

Dapatkan Pakej Pelancongan Menarik Di Langkawi DISINI

Jika anda ingin dapatkan perincian lokasi dimana pelumba itu akan lalu sepanjang perlumbaan, anda boleh rujuk facebook rasmi LTdL dimana mereka akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Facebook : www.facebook.com/ltdlangkawi
Laman Web : www.ltdlangkawi.my

Post a Comment

Previous Post Next Post