Kejohanan BWF Vietnam Open 2022 telah berlangsung selama enam hari bermula 27 September hingga 2 Oktober 2022 bertempat di Nguyen Du Cultural Sports Club, Ho Chi Minh City, Vietnam yang mana telah mengumumkan senarai pemenang bagi kejohanan tersebut.
Yonex-Sunrise Vietnam Open 2022 telah bermula daripada pusingan kelayakan sehingga peringkat akhir (final) dengan melibatkan barisan pemain-pemainmuda dan pelapis setiap negara yang bertanding dalam semua kategori.
Baca : Jadual & Keputusan Kejohanan BWF Vietnam Open 2022
Vietnam Open 2022 merupakan acara Super 100 dimana menawarkan mata rangkin bagi pemain yang layak menyertai kejohanan ini disamping hadiah wang tunai untuk pemenang dengan keseluruhan sebanyak USD75,000 atau sekitar RM34 Ribu.
Jumlah Mata Ranking Dan Hadiah Wang Tunai Yang Diperoleh
Berikut merupakan agiha mata rangking BWF dan agihan hadiah wang tunai bagi setiap pemain untuk setiap peringkat.
Mata Ranking BWF
- Juara - 5,500
- Naib Juara - 4,680
- Separuh Akhir - 3,850
- Suku Akhir - 3,030
- Pusingan 16 - 2,110
- Pusingan 32 - 1,290
- Pusingan Kelayakan - 510
Hadiah Wang Tunai
[Perseorangan]
- Juara - $5,625
- Naib Juara - $2,850
- Separuh Akhir - $1,087.5
- Suku Akhir - $450
- Pusingan 16 - $262.5
[Beregu]
- Juara - $5,925
- Naib Juara - $2,850
- Separuh Akhir - $1,050
- Suku Akhir - $543.75
- Pusingan 16 - $281.25
*Nak tahu hadiah wang tunai diperoleh dalam Ringgit Malaysia boleh la convert sendiri.
Senarai Pemenang Kejohanan BWF Vietnam Open 2022
Berikut merupakan senarai pemenang iaitu Juara dan Naib Juara (Podium) bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalamVietnam Open 2022
[Beregu Campuran]
- Juara - D. Ferdinansyah [4]/G Widjaja (INA)
- Naib Juara - R Kusharjanto [1]/L Kusumawati (INA)
[Beregu Wanita]
- Juara - B Aimsaard [1]/N Aimsaard (THA)
- Naib Juara - F Kusuma [2]/Amalia Pratiwi (INA)
[Beregu Lelaki]
- Juara - Kodai Naraoka [3] (JPN)
- Naib Juara - Sun Fei Xiang (CHN)
[Perseorangan Lelaki]
- Juara - Thuy Linh Nguyen [6] (VIE)
- Naib Juara - Goh Jin Wei [7] (MAS)
[Perseorangan Wanita]
- Juara - Ren Xian Yu [4]/Tan Qiang (CHN)
- Naib Juara - He Ji Ting [2]/Zhou Hao Dong (CHN)
Untuk dapatkan info lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.bwfbadminton.com