Badminton World Federation (BWF) telah mengumumkan kejohanan HSCB BWF World Tour Finals 2022 tidak lagi diadakan di Guangzhou, China seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Lokasi kejohanan tersebut telah ditukar ke Nimibutr Arena di Bangkok, Thailand dan akan berlangsung bermula 7 hingga 11 Disember 2022 iaitu seminggu awal daripada tarikh yang sepatutnya diadakan di Guangzhou.
Seperti yang diumumkan BWF dimana kejohanan terpaksa diadakan seminggu lebih awal adalah kerana disebabkan oleh kekosongan penggunaa stadium tersebut dan juga perubahan lokasi yang dibuat.
BWF juga telah membincangkan bersama Chinese Badminton Association (CBA) tentang isu pertukaran venue dan ianya mendapat persetujuan bersama atas faktor keadaan semasa situasi pandemik yang masih berlaku di China.
Senarai pemain badminton yang layak untuk kejohanan HSBC BWF World Tour Finals akan diumumkan secara rasmi pada 22 November 2022 selepas selesai atau habis kejohanan Sathio Group Australian Open 2022.
Sumber : BWF