Setiap pasukan kini mula menyenaraikan skuad dan memilih pemain bagi mengharungi kejohanan FIFA World Cup 2022 di Qatar yang akan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember 2022.
FIFA telah menetapkan tarikh akhir bagi penyelerasan dan senarai pemain yang dibawa ke Piala Dunia iaitu pada 13 November 2022. Oleh itu, setiap pasukan perlu mengumumkan skuad rasmi mereka yang akan beraksi di kejohanan tersebut.
Salah satu pasukan yang telah mengumumkan senarai 25 pemain bagi mewakil negara mereka adalah pasukan France dibawah kendalian Didier Deschamps yang diundi dalam Kumpulan D bersama Australia, Denmark dan Tunisia.
Senarai Skuad France Ke FIFA World Cup 2022
Untuk ketahui senarai pemain France yang dipilih dan akan beraksi bagi setiap negara atau pasukan yang bertanding, anda boleh tengok senarai dibawah:
Penjaga Gol - Alphonse Areola, Hugo Lloris, Steve Mandanda
Pertahanan - Lucas Hernandez, Theo Hernandez, Presnel Kimpembe, Ibrahima Konate, Jules Koundé, Benjamin Pavard, William Saliba, Dayot Upamecano, Raphael Varane
Tengah - Youssouf Fofana, Eduardo Camavinga, Matteo Guendouzi, Adrien Rabiot, Aurelien Tchouameni, Jordan Veretout
Penyerang - Karim Benzema, Kingsley Coman, Ousmane Dembele, Antoine Griezmann, Olivier Giroud, Kylian Mbappe, Christopher Nkunku