Setiap pasukan kini mula menyenaraikan skuad dan memilih pemain bagi mengharungi kejohanan FIFA World Cup 2022 di Qatar yang akan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember 2022.
FIFA telah menetapkan tarikh akhir bagi penyelerasan dan senarai pemain yang dibawa ke Piala Dunia iaitu pada 13 November 2022. Oleh itu, setiap pasukan perlu mengumumkan skuad rasmi mereka yang akan beraksi di kejohanan tersebut.
Salah satu pasukan yang telah mengumumkan senarai 26 pemain bagi mewakil negara mereka adalah pasukan Jepun dibawah kendalian Hajime Moriyasu yang diundi dalam Kumpulan E bersama Spain, Costa Rica dan Germany.
Senarai Skuad Jepun Ke FIFA World Cup 2022
Untuk ketahui senarai pemain Jepun yang dipilih dan akan beraksi bagi setiap negara atau pasukan yang bertanding, anda boleh tengok senarai dibawah:
Penjaga Gol - Shuichi Gonda, Daniel Schmidt, Eiji Kawashima
Pertahanan - Miki Yamane, Hiroki Sakai, Maya Yoshida, Takehiro Tomiyasu, Shogo Taniguchi, Ko Itakura, Hiroki Ito, Yuto Nagatomo, Yuta Nakayama.
Tengah - Wataru Endo, Hidemasa Morita, Ao Tanaka, Gaku Shibasaki, Kaoru Mitoma, Daichi Kamada, Ritsu Doan, Junya Ito, Takumi Minamino, Takefusa Kubo, Yuki Soma.
Penyerang - Daizen Maeda, Takuma Asano, Ayase Ueda.