Setiap pasukan kini telah menyenaraikan skuad dan memilih pemain bagi mengharungi kejohanan FIFA World Cup Qatar 2022 yang akan berlangsung bermula 20 November hingga 18 Disember 2022.
FIFA telah menetapkan tarikh akhir bagi penyelerasan dan senarai pemain yang dibawa ke Piala Dunia iaitu pada 13 November 2022. Oleh itu, setiap pasukan perlu mengumumkan skuad rasmi mereka yang akan beraksi di kejohanan tersebut.
Salah satu pasukan yang telah mengumumkan senarai 26 pemain bagi mewakil negara mereka adalah pasukan Portugal dibawah kendalian Fernando Santos yang telah diundi dalam Kumpulan H bersama Ghana, Uruguay, dan Korea Selatan.
Senarai Skuad Portugal Ke FIFA World Cup 2022
Untuk ketahui senarai pemain Portugal yang dipilih dan akan beraksi bagi untuk pasukan sepanjang kejohanan berlangsung, anda boleh tengok senarai dibawah:
Penjaga Gol - Diogo Costa, Jose Sa, Rui Patricio
Pertahanan - Diogo Dalot, Joao Cancelo, Danilo Pereira, Pepe, Ruben Dias, Antonio Silva, Nuno Mendes, Raphael Guerreiro
Tengah - Joao Palhinha, Ruben Neves, Bernardo Silva, Bruno Fernandes, Joao Mario, Matheus Nunes, Otavio Monteiro, Vitinha, William Carvalho
Penyerang - Andre Silva, Cristiano Ronaldo, Goncalo Ramos, Joao Felix, Rafael Leao, Ricardo Horta